Selasa, 25 Jun 2019 | 12:40pm
Huawei umum kemaskini sistem operasi EMUI 9.1 bagi kepada peranti kelas mercu keluaran syarikat berkenaan.

Huawei kemaskini sistem operasi EMUI 9.1

KUALA LUMPUR: Huawei mengumumkan kemaskini sistem operasi EMUI 9.1 bagi kepada peranti kelas mercu keluaran syarikat berkenaan.

Antara peranti yang bakal menerima kemaskini terbaru itu adalah Huawei Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X dan Mate RS Porsche Design.

Pemilik peranti kelas mercu berkenaan boleh mendaftar untuk menerima kemaskini terbabit.

Sistem operasi EMUI 9.1 akan menampilkan ciri EROFS iaitu sistem penyimpanan fail terbaik dan mempunyai 20 peratus kadar bacaan lebih tinggi daripada sistem sedia ada.

EMUI 9.1 turut menaik taraf unit pemproses grafik (GPU) Turbo kepada versi 3.0 dan menyokong lebih 25 judul permainan.

Kemas kini itu meningkatkan prestasi di samping mengurangkan penggunaan kuasa bateri sekali gus membawa prestasi lebih stabil.

Selain itu, Mate 20 Pro dan Mate 20 X bakal menerima kemas kini untuk ‘moon mode’ serta membolehkan pengguna untuk merakam gambar bulan menerusi keupayaan pembesaran imej tiga lensa Leica.

Huawei juga akan memperkenalkan sistem deringan terbaru dan menggantikan deringan lama yang dilihat terlalu biasa dengan peranti telefon pintar.

Sebelum mendaftar kepada kemas kini terbaru itu, pengguna peranti Huawei Siri Mate perlu mengambil perhatian berhubung beberapa faktor termasuk kemungkinan aplikasi pihak ketiga tidak boleh digunakan selepas kemas kini itu.

Beberapa aplikasi daripada pihak ketiga tidak bersesuaian dengan sistem operasi Android 9.0 dan ia mungkin tidak boleh berfungsi seperti biasa.

Pengguna juga tidak perlu bimbang bahawa peranti berkenaan tidak ‘dipecahkan’ (rooted) dan kapasiti storan perlu sekurang-kurangnya 6GB.

Pengguna juga boleh menyemak kemas kini dengan pergi ke ‘setting’ > ‘system’ > “Software update’ > ‘Check for updates’.

Jika peranti anda memenuhi kriteria berkenaan, pengguna boleh melawati HiCare dan menekan butang ‘Apply’ untuk mendaftar dan merasai pengalaman menerusi sistem operasi baharu.

Berita Harian X