Isnin, 29 April 2019 | 8:47am
Gambar fail, duta besar China ke Britain Liu Xiaomin.
Gambar fail, duta besar China ke Britain Liu Xiaomin.

China gesa UK tidak diskriminasi Huawei dalam pembangunan 5G

LONDON: China memberi amaran kepada Britain untuk tidak mendiskriminasikan syarikat-syarikat yang terbabit dalam membangunkan rangkaian 5G.

Huawei, pembuat peralatan telekom terbesar di dunia, berada di bawah pengawasan ketat selepas Amerika Syarikat (AS) memaklumkan rakan sekutu untuk tidak menggunakan teknologi syarikat itu kerana bimbang ia boleh menjadi jentera pengintipan Cina.

Huawei menafikannya.

Sumber-sumber memberitahu Reuters bahawa Majlis Keselamatan Negara (NSC) Britain memutuskan untuk membatalkan Huawei daripada semua bahagian teras rangkaian 5G negara dan mengehadkan akses ke bahagian bukan teras.

Menulis di Sunday Telegraph, duta besar China ke Britain Liu Xiaoming mempertahankan Huawei sebagai mempunyai rekod prestasi yang baik berhubung keselamatan dan berkata Britain harus "membuat keputusan secara bebas dan sesuai dengan kepentingan negara mereka".

"Perkara terakhir yang diperlukan oleh dunia ialah pengenalan langkah-langkah diskriminasi ke atas syarikat yang terbabit dalam pembangunan rangkaian 5G.

“Perkara terakhir yang China menjangkakan daripada 'global Britain' yang benar-benar terbuka dan adil adalah persaingan yang berat sebelah," katanya.

Liu berkata, kebimbangan keselamatan berhubung pembangunan rangkaian 5G dapat difahami tetapi boleh diuruskan.

"Risiko perlu diambil dengan serius tetapi risiko tidak boleh dibenarkan untuk menghasut ketakutan. Ia boleh diuruskan, asalkan saja negara dan syarikat bekerjasama," katanya. - Reuters

Berita Harian X