Rabu, 30 Januari 2019 | 1:25pm
Pengarah Urusan TNB ILSAS, Datuk Ir Abdul Aziz Jaafar (dua dari kiri) menerima sijil TNB ILSAS diiktiraf Institute of Leadership & Management (ILM) UK Approved Centre di Malaysia sebagai pusat latihan untuk kursus-kursus berkaitan kepimpinan dan pengurusan oleh Pengarah Antarabangsa Pembangunan & Jualan Perniagaan ILM-UK, Becky James.
Pengarah Urusan TNB ILSAS, Datuk Ir Abdul Aziz Jaafar (dua dari kiri) menerima sijil TNB ILSAS diiktiraf Institute of Leadership & Management (ILM) UK Approved Centre di Malaysia sebagai pusat latihan untuk kursus-kursus berkaitan kepimpinan dan pengurusan oleh Pengarah Antarabangsa Pembangunan & Jualan Perniagaan ILM-UK, Becky James.

TNB ILSAS diiktiraf pusat latihan ILM UK

KUALA LUMPUR: TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah diiktiraf Institute of Leadership & Management (ILM) UK Approved Centre di Malaysia sebagai pusat latihan untuk kursus-kursus berkaitan kepimpinan dan pengurusan.

Pengiktirafan meningkatkan nilai tambah dan status agensi latihan TNB itu di persada antarabangsa kerana pada 2017, ILSAS telah menerima pentauliahan daripada satu lagi badan antarabangsa, City & Guilds bagi program latihan teknikal.

Pengiktirafan daripada kedua-dua badan luar negara itu juga membuktikan kualiti produk ILSAS kini mencapai taraf antarabangsa dan berkelas dunia.

Ia juga mengukuhkan ILSAS sebagai institusi latihan yang dapat melahirkan pekerja yang berkemahiran dan berinovasi untuk keperluan modal insan negara.

Pelancaran ILSAS sebagai pusat latihan ILM-UK di Malaysia telah disempurnakan pada 9 Januari lalu dengan ILM diwakili

Pengarah Antarabangsa Pembangunan & Jualan Perniagaannya, Becky James manakala ILSAS oleh Pengarah Urusannya, Datuk Ir Abdul Aziz Jaafar.

Sempena pelancaran itu juga, 26 peserta menjadi kumpulan pertama untuk menerima sijil penyertaan program “Understanding The Leader In You” yang diiktiraf ILM UK.

Dalam pembangunan modal insan, ILSAS melatih secara puratanya lebih 50 ribu peserta setahun di pusat latihan induknya di Bangi, dan cawangannya di Malim Nawar, Perak dan Kulai, Johor.

Setiap tahun juga, kira-kira 50 pelatih dari luar negara mendapat latihan di ILSAS.

Sejak 1978, ILSAS telah membangunkan tenaga mahir di bawah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan menawarkan pelbagai kursus teknikal termasuk Program Kekompetenan Penjaga Elektrik (Chargemen), Program Jurutera Elektrik Kompeten (Competent Engineer) dan Program Kekompetenan Pencantum (Cabel Jointers).

Berita Harian X