Isnin, 5 November 2018 | 1:52pm

AirAsia Big Loyalty lancar promosi akhir tahun BIG Big Giveaway

KUALA LUMPUR: Program kesetiaan AirAsia Bhd, AirAsia Big Loyalty melancarkan promosi akhir tahun “The BIG Big Giveaway” yang menawarkan lebih 90 tawaran kepada ahli BIG bermula hari ini hingga 31 Disember 2018.

Big Loyalty Sdn Bhd, pemilik dan pengendali program kesetiaan itu, berkata tawaran itu merangkumi pelbagai diskaun, penginapan hotel percuma, penerbangan pulang dan bonus mata BIG sebanyak 50 peratus untuk beli-belah sepanjang promosi serantau itu.

Ahli BIG di Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan sebagainya boleh menikmati tawaran dari rakan kumpulan BIG Loyalty, antaranya ZALORA, Agoda, Rebate Mango, Grab, Petron, Maybank dan Citibank yang merangkumi tawaran perjalanan, gaya hidup, penerbangan hinggalah perkhidmatan kewangan.

Ahli yang menukar mata kad kredit kepada mata BIG semasa tempoh promosi itu juga boleh menikmati 50 peratus mata tambahan dicampur dengan kadar penukaran harian, untuk menebus penerbangan percuma, penginapan hotel dan tiket ke lokasi popular dengan lebih cepat.

Hadiah tambahan untuk bonus ganjaran mata BIG 50 peratus untuk membeli-belah dari tawaran perjalanan dan gaya hidup, termasuk 2,000 bilik di First World Hotel, Genting Highlands, akan diberikan setiap minggu kepada ahli bertuah.

Promosi itu juga menggandakan ganjaran kepada ahli yang menebus penerbangan dari 11 hingga 18 November

dengan tawaran penerbangan ke Siem Reap, Phuket, Langkawi dan banyak lagi.

Dalam kenyataan hari ini, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Loyalty, Sereen Teoh, berkata 2018 adalah tahun pencapaian besar untuk BIG Loyalty, termasuk mencapai 20 juta ahli BIG dan pelancaran BIG Xchange, platform pertukaran mata syarikat penerbangan pertama di dunia.

Semantara itu, ahli BIG di Malaysia yang memegang kad Visa juga berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada 40 juta mata BIG, yang bersamaan hampir 600 perjalanan dua hala ke Melbourne, Tokyo, Seoul dan banyak lagi.

Setiap RM50 untuk tempahan penerbangan menerusi airasia.com atau aplikasi AirAsia, ahli akan menerima satu kemasukan automatik, manakala mereka yang membelanja RM50 menerusi Tap to Pay akan menerima lima kemasukan, dan jumlah yang sama untuk pembelian di luar negara akan menggandakan kemasukan mereka kepada 10.

-- BERNAMA

Berita Harian X