Selasa, 30 Oktober 2018 | 2:05pm

Sime Darby beli syarikat Australia

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd, menerusi anak syarikat milik penuh tidak langsung Sime Darby Allied Operations Pty Ltd, memeterai perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Pemba Capital Partners Fund I Partnership LP dan kepentingan minoriti lain pada 29 Oktober 2018.

Ia bagi mengambilalih keseluruhan modal saham terbitan dalam Heavy Maintenance Group Pty Ltd (HMG) membabitkan pertimbangan AUS$58 juta (RM172 juta) pada asas bebas cukai dan bebas hutang.

Sejurus cadangan pengambilalihan itu diselesaikan, HMG dan anak syarikat milik penuhnya, HMG Hardchrome Pty Ltd, akan menjadi anak syarikat milik penuh tidak langsung Sime Darby.

Sime Darby berkata demikian dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia hari ini.

HMG adalah penyedia kepakaran dalam pembuatan, pengubahsuaian dan kerja kemasan permukaan komponen peralatan kepada pelanggan di Australia dan Asia Pasifik.

HMG menawarkan perkhidmatan kepada industri perlombongan, minyak dan gas, dan industri berat lain.

Berita Harian X