Isnin, 30 Julai 2018 | 6:56pm

Genetec batal projek kilang di India

KUALA LUMPUR: Genetec Technology Bhd tidak akan meneruskan kerjasama untuk membangunkan kilang pengeluaran ammonia dan urea di Andhra Pradesh, India, kerana ia tidak dapat menentukan kelayakan teknikal dan daya maju ekonomi projek yang dicadangkan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat berkenaan berkata, ia mengambil keputusan tidak meneruskan memorandum persefahaman (MoU) berhubung pembangunan kilang berkenaan yang ditandatangani bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, China Rainbow International Investment Co Ltd dan VBC Fertilisers and Chemicals Ltd.

"Tiada perjanjian yang muktamad atau konsortium yang dimeterai oleh syarikat dan pihak berkaitan berdasarkan MoU itu," tambahnya - BERNAMA

Berita Harian X