Isnin, 26 Februari 2018 | 6:38pm
PENGARAH Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NAZA, Nasarudin Nasimuddin (kanan) dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Wiedber menandatangani plak untuk pelancaran NZ Wheels Sdn Bhd yang baru menaik taraf Klang Autohaus . - Foto Supian Ahmad
PENGARAH Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NAZA, Nasarudin Nasimuddin (kanan) dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Wiedber menandatangani plak untuk pelancaran NZ Wheels Sdn Bhd yang baru menaik taraf Klang Autohaus . - Foto Supian Ahmad

NZ Wheels labur RM12 juta tambah baik pusat 3S

KLANG: Naza Corporation Holdings melalui anak syarikatnya, NZ Wheels Sdn Bhd pengedar sah kenderaan jenama Mercedes-Benz di Malaysia memperkenalkan ruang pameran yang ditambah baik di Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotifnya, Datuk Samson Anand George, berkata sejumlah RM12 juta dilaburkan untuk dua pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) masing-masing di Johor Bahru dan yang terbaharu di Klang.

"Mercedes-Benz adalah pasaran utama untuk NZ Wheels dan kami menyasarkan margin keuntungan lebih tinggi serta khidmat selepas jualan terbaik selepas penambahbaikan ini," katanya pada perasmian yang diadakan di sini, hari ini.

Ruang pameran berkenaan memenuhi piawaian Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) global Autohaus dengan Identiti Korporat (CI) yang standard dalam meningkatkan keselesaan dan pengalaman kepada pengguna.

NZ Wheels Klang Autohaus yang berkeluasan 320,000 kaki persegi itu boleh memuatkan 17 kenderaan di ruang pameran dengan Pusat Prestasi AMG serta 30 tapak penyelenggaraan yang boleh menampung sebanyak 650 kenderaan untuk diservis dalam sebulan.

Selain 3S, antara servis lain yang ditawarkan di sini ialah rangkaian kenderaan terpakai (Pre-Owned) jenama Mercedes-Benz, i-Showroom, Star Lounge, khidmat mengambil dan menghantar kenderaan pelanggan serta servis laluan pantas.

NZ Wheels adalah pengedar sah jenama Mercedes-Benz yang ketiga terbesar di Malaysia mula memasarkan jenama ini pada 1994.

Berita Harian X