Khamis, 15 Februari 2018 | 12:04pm

Warren Buffett beli saham Teva, tambah saham Apple

NEW YORK: Berkshire Hathaway Inc, milik hartawan Warren Buffett membeli kepentingan baharu dalam pengeluar ubat generik, Teva Pharmaceutical Industries Ltd.

Ia juga membeli lebih banyak saham Apple Inc, sekali gus mengatasi Wells Fargo & Co sebagai pelaburan saham terbesar.

Berkshire juga hampir selesai keluar daripada International Business Machines Corp, dengan menjual lebih daripada 94 peratus yang tinggal daripada apa yang diakui Buffett sebagai bukan salah satu pelaburan terbaiknya.

Dalam kenyataan kawal selia yang memperincikan pegangan saham syarikat senaraian awam Amerika Syarikat (AS) setakat 31 Disember lalu, Berkshire dilaporkan berhutang kira-kira 18.9 juta resit depositori dalam Teva, bernilai kira-kira AS$358 juta.

Saham Teva menokok lebih daripada 10 peratus selepas dagangan dibuka, mencerminkan apa yang dianggap pelabur sebagai perakuan Berkshire ke atas syarikat itu.

Bulan lalu, Berkshire berkata, ia akan bekerjasama dengan Amazon.com Inc dan JPMorgan Chase & Co untuk membina syarikat penjagaan kesihatan.

Saham beberapa syarikat penjagaan kesihatan jatuh berikutan berita itu.

-Reuters

Berita Harian X