Selasa, 6 Februari 2018 | 1:08pm
KETUA Pegawai Eksekutif Zurich Insurans Malaysia Berhad, Philip Smith (empat dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful Malaysia, Salim Majid Zain (empat dari kiri) memotong reben gimik Perasmian dan Pembukaan Zurich Cawangan Kuantan di Jalan Pasar. - Foto Muhd Asyraf Sawal

KETUA Pegawai Eksekutif Zurich Insurans Malaysia Berhad, Philip Smith (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful Malaysia, Salim Majid Zain (kanan) meninjau di kaunter bayaran selepas Majlis Perasmian dan Pembukaan Zurich Cawangan Kuantan di Jalan Pasar. NSTP/ Muhd Asyraf Sawal

Philip Smith pada Majlis Perasmian dan Pembukaan Zurich Cawangan Kuantan di Jalan Pasar. - Foto Muhd Asyraf Sawal
Philip Smith pada Majlis Perasmian dan Pembukaan Zurich Cawangan Kuantan di Jalan Pasar. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Zurich rasmi pembukaan cawangan ke-40 di Malaysia

KUANTAN: Zurich Malaysia Bhd (Zurich Malaysia) melancarkan pembukaan cawangan ke-40 di Malaysia dan pertama di Pantai Timur yang menggunakan konsep pusat sehenti bagi semua pelanggan polisi ditawarkan syarikat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Philip Smith, berkata pemilihan Kuantan sebagai lokasi utama di Pantai Timur dibuat berdasarkan sambutan baik diterima daripada pelanggan pelan Takaful diperkenalkan anak syarikatnya, Zurich Takaful Bhd hujung tahun lalu.

"Jika sebelum ini, pelanggan polisi kami perlu ke cawangan berlainan bagi mendapatkan khidmat nasihat pelanggan dan ia tidak memberi persepsi bagus untuk kami, jadi apabila sudah ada cawangan baharu seperti ini yang berkonsepkan pusat sehenti, kesukaran itu dapat diatasi.

"Ini bermakna, jika sebelum ini pemegang polisi insurans Takaful perlu ke cawangan menguruskan polisi Takaful, mereka melanggan polisi insurans kenderaan perlu ke cawangan lain dan begitu juga dengan pemegang polisi insurans keluarga atau apa juga polisi kami tawarkan perlu ke cawangan berlainan untuk mendapatkan khidmat nasihat... semua masalah berkenaan boleh diselesaikan dengan adanya pusat sehenti seperti ini.

"Selain itu, pembukaan cawangan baharu ini juga bersesuaian dengan hasrat kami untuk menyediakan kemudahan lebih selesa kepada pelanggan dan juga kakitangan berurusan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Zurich Insurans dan Takaful, di Jalan Tun Ismail, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Kanan (Bahagian Pengurusan Pasaran) Insurans Am Zurich Malaysia, Junior Cho dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful Malaysia Bhd, Salim Majid Zain.

Smith berkata, selain cawangan di Kuantan, Zurich Malaysia sebelum ini sudah melancarkan pusat sehenti sama di Pulau Pinang, Johor Bahru, Johor; Melaka; Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Katanya, pihaknya bakal melancarkan cawangan utama menggunakan konsep pusat sehenti di Kuala Lumpur pada suku ketiga tahun ini.

Berita Harian X