Selasa, 30 Januari 2018 | 10:09pm
GENETEC Technology Bhd.

Genetec bina kilang ammonia, urea di India

KUALA LUMPUR: Genetec Technology Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat bagi membina sebuah kilang pengeluaran ammonia dan urea di Andhra Pradesh, India.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata usaha sama itu membabitkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, China Rainbow International Investment Co Ltd, dan VBC Fertilizers & Chemicals Ltd.

Genetec Technology berkata, kilang itu yang berkapsiti 2.5 juta metrik tan setahun, akan dibangunkan di kawasan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Andhra Pradesh.

MoU itu tidak memberi kesan material kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan nisbah hutang syarikat, katanya. - BERNAMA

Berita Harian X