Khamis, 28 Disember 2017 | 10:17am

Pengambilan untung seret turun saham KL

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi menyusut selepas itu, di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur, berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam kalangan saham berwajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada 9.22 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,769.75, turun 2.01 mata, daripada penutupan 1,771.76 pada Rabu.

Indeks utama dibuka 0.19 mata lebih tinggi pada 1,771.95.

Jumlah pasaran positif dengan 216 kaunter untung berbanding 163 kaunter rugi, manakala 244 kaunter tidak berubah, 1,231 tidak diniagakan dan 63 yang lain digantung.

Perolehan berjumlah 341.73 juta saham bernilai RM154.56 juta. - BERNAMA

Berita Harian X