Khamis, 2 November 2017 | 9:54pm

MAHB pajak tanah di Subang

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memajakkan tanah seluas 2.84 hektar di Subang, Selangor kepada RHB Trustees Bhd, pemegang amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT), pada RM19.87 juta.

MAHB berkata, Axis-REIT akan menggunakan tanah itu untuk membina kilang pengeluaran setingkat yang juga bangunan pejabat dengan keluasan binaan kasar kira-kira 16,627 meter persegi.

Binaan itu juga terdiri daripada ​​​​​bangunan sokongan dan elemen luaran bagi memenuhi keperluan operasi kilang untuk pembuatan, penyimpanan dan pengedaran komponen aeroangkasa kepada Upeca Aerotech Sdn Bhd.

"Subpajakan itu dijangka meletakkan pembangunan kawasan lapangan terbang Subang untuk aktiviti berkaitan aeroangkasa, di samping meningkatkan nilai tanah dan saranan nilai di Subang," kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Berita Harian X