Selasa, 31 Oktober 2017 | 2:56pm

Sony jangka untung tertinggi

TOKYO: Sony Corp menaikkan unjuran pendapatan operasi dalam tahun kewangan semasa, menjangka mencatat rekod keuntungan tertinggi disebabkan jualan kukuh sensor imej yang digunakan dalam telefon pintar dan peranti lain.

Syarikat elektronik itu mengunjurkan keuntungan 630 bilion yen (AS$5.57 bilion) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, berbanding 500 bilion yen yang dianggarkan tiga bulan lalu.

Memenuhi unjuran terbaharu itu bermakna Sony melepasi rekod sebelum ini yang berjumlah 526 bilion yen, ditetapkan dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 1998, apabila jualan kukuh elektronik pengguna termasuk konsol permainan PlayStation.

Sony juga berkata, keuntungan bagi Julai-September menokok kepada 204.2 bilion yen daripada 45.7 bilion yen setahun sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X