Jumaat, 9 Oktober 2020 | 5:25pm
Zulkifly memberi penerangan projek terbaru Glomac Berhad di Saujana Perdana, Sungai Buloh. - NSTP/Fathil Asri
Zulkifly memberi penerangan projek terbaru Glomac Berhad di Saujana Perdana, Sungai Buloh. - NSTP/Fathil Asri
Projek hartanah kediaman baru di Saujana Perdana. - NSTP/Fathil Asri
Projek hartanah kediaman baru di Saujana Perdana. - NSTP/Fathil Asri

Glomac kekal tradisi tawarkan kediaman mampu milik

KUALA LUMPUR: Glomac Bhd (Glomac) akan terus membangunkan projek hartanah yang menawarkan harga mampu milik bagi menjamin pilihan pemilikan rumah di kalangan pembeli.

Ketua Pegawai Operasi Glomac, Zulkifly Garib, berkata walaupun kebanyakan pemaju hartanah kini menumpukan kepada pembinaan rumah mewah, Glomac masih mengekalkan tradisi membina rumah bagi pasaran pertengahan.

Beliau berkata, contoh terbaik projek hartanah perbandarannya adalah di Bandar Saujana Utama, yang ketika ini hampir 90 peratus dibangunkan di kawasan seluas 486 hektar.

"Unit kediaman tidak terjual di Bandar Saujana Utama juga sangat rendah, sekitar lima peratus saja. Ini menunjukkan permintaan hartanah kediaman itu masih ada jika dijual pada harga yang mampu milik.

"Perbandaran ini juga menjadi contoh kejayaan kerana kawasan sekitarnya juga ketika ini sedang dibangunkan oleh pemaju hartanah yang lain.

"Bandar Saujana Utama akan bersambung dengan projek perbandaran sekitarnya yang lain, menjadikannya sebagai tumpuan kepada kawasan sekitar dengan kelengkapan kemudahan awam yang lengkap.

Projek hartanah kediaman baru di Saujana Perdana. - NSTP/Fathil Asri
Projek hartanah kediaman baru di Saujana Perdana. - NSTP/Fathil Asri

Zulkifly bergambar dengan pekerja di sebuah rumah contoh Mayang Sari di Saujana Perdana, Sungai Buloh. - NSTP/Fathil Asri
Zulkifly bergambar dengan pekerja di sebuah rumah contoh Mayang Sari di Saujana Perdana, Sungai Buloh. - NSTP/Fathil Asri

"Menyedari permintaan tinggi di Bandar Saujana Utama, Glomac membuka sub perbandaran baru dikenali sebagai Saujana Perdana bersebelahannya.

"Saujana Perdana akan mempunyai 2,000 unit kediaman baru dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM890 juta. Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan Bandar Saujana Utama sebanyak 11,800 unit," katanya kepada BH baru-baru ini.

Zulkifly berkata, Saujana Perdana akan mempunyai projek hartanah kediaman yang menepati kehendak pembeli ketika ini.

Beliau berkata, Saujana Perdana akan mempunyai 11 fasa rumah teres dua tingkat, dua fasa rumah 'townhouse' dan empat fasa hartanah komersial.

"Sambutan untuk unit kediaman di Saujana Perdana sangat menggalakkan kerana berdasarkan dua pelancaran projek kediaman pada tahun ini, ianya hampir 100 peratus terjual.

Projek hartanah kediaman baru di Saujana Perdana. - NSTP/Fathil Asri
Projek hartanah kediaman baru di Saujana Perdana. - NSTP/Fathil Asri

Projek hartanah kediaman baru di Saujana Perdana. - NSTP/Fathil Asri
Projek hartanah kediaman baru di Saujana Perdana. - NSTP/Fathil Asri

Zulkifly di sebuah bilik rumah contoh Mayang Sari di Saujana Perdana, Sungai Buloh. - NSTP/Fathil Asri
Zulkifly di sebuah bilik rumah contoh Mayang Sari di Saujana Perdana, Sungai Buloh. - NSTP/Fathil Asri

"Walaupun berhadapan dengan cabaran kewangan disebabkan pandemik COVID-19, tetapi dengan perancangan serta harga jualan yang tepat, hartanah kediaman mampu dijual," katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifly berkata Glomac juga meninjau untuk mendapatkan simpanan tanah baharu bagi meneruskan lagi projek perbandarannya.

Beliau berkata terdapat tawaran pembelian simpanan tanah daripada beberapa pihak tetapi pihaknya sedang memperhalusi perkara itu dan tidak menolak kemungkinan untuk pembelian tanah baharu.

Berita Harian X