Khamis, 17 Oktober 2019 | 10:00am

Agile Embassy Garden mercu tanda bandar berprestij

AGILE PROPERTY GROUP menambahkan lokasi mercu tandanya dengan pembinaan yang berlatarkan pemandangan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

Terletak di tengah kawasan kedutaan yang berprestij, Agile Embassy Garden adalah pembangunan bercampur dikelilingi tiga menara ikonik dengan rekaan tempat letak kereta yang elegan dan ruang komersil di tingkat bawah.

Agile Embassy Garden adalah pembangunan terbaru Agile Property yang menawarkan tiga bangunan menara apartmen perkhidmatan di lokasi berkeluasan3.06 ekar ditanah berpegangan bebas dengan kedudukannya berhampiran 53 buah kedutaan menjadikannya sangat eksklusif.

Berinspirasikan landskap semula jadi Malaysia, rekaannya adalah untuk memperkenalkan gaya hidup hotel eksklusif di antara urban oasis di mana penduduknya akan tinggal di kawasan dikelilingi taman yang subur, laman, air pancuran dan pelbagai kemudahan asas.

Agile Embassy Garden dibangunkan di kedudukan strategik untuk membolehkan penduduknya menikmati pandangan panorama seperti KLCC dan bertentangan dengan kawasan terbuka, sekali gus penduduk dapat melihat Kelab Golf Diraja Selangor.

Mercu tanda pembangunan hartanah ini adalah rekaan portal yang membingkai Sky Lounge di tingkat ke-64 yang menghadap ke puncak Petronas Towers dan Menara Kuala Lumpur dan Tun Razak Exchange pada paras mata.

Pelbagai size unit (satu hingga tiga bilik) direka bagi memenuhi pelbagai pilihan gaya hidup.

Ia menawarkan Suite Elit dengan ukuran 554 - 853 kaki persegi bagi memenuhi pelbagai pilihan gaya hidup daripada eksekutif perniagaan kepada unit untuk keluarga. Pelabor juga boleh memilih Luxe Suite konsep dual key yang berukuran 837 kepada 1,005 kaki persegi.

Kediaman tersebut dibangunkan dengan kerjasama penasihat yang terdiri daripada DPA DP Architects , ARCALLIANCE dan AECOM dengan piawaian bertaraf dunia.

Firma Arkitek, iaitu DPA DP Architects dinamakan salah satu daripada firma arsitektur terkemuka di BCI Asia Top Ten.

ARCALLIANCE memperolehi anugerah pertama dengan karya Perancangan dan Senibina Naza TTDI 2011.

Manakala penasihat AECOM merupakan pemenang kedudukan pertama dalam Anugerah Pengangkutan dan Bangunan Am pada 2019 dalam bidang "Rekaan Firma Reka Bentuk 5009". Ia menyumbangkan rekaan landskap yang istimewa iaitu terdapat 20 jenis tanaman pokok tropika dalam pembangunan hartanah tersebut.

Agile Embassy Garden yang dibangunkan dengan ketinggian 64 tingkat membabitkan ketinggian 234 meter dan ini menjadikannya, bangunan kediaman tertinggi di kawasan kedutaan Jalan Ampang.

Ia dilengkapkan dengan lapan lapisan sistem keselamatan dengan kawalan kemasukan kenderaan, kad akses untuk lobi dan elevator, kawalan selama 24/7 , CCTV, kunci digital pintar dan sistem pengurusan pelawat.

Kawasan sekelilingnya mempunyai banyak daya penarik terutamanya yang mahu mendapatkan barangan premium dan berkualiti dengan adanya The LINC KL (20m), The Intermark(250m), Avenue K(820m), Suria KLCC (950m) dan Pavilion KL (1.36km).

Agile Embassy Garden adalah kediaman sesuai untuk profesional global untuk didiami. Ia juga berhampiran dengan Sekolah Antarabangsa Sayfol, Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur dan Eaton House.

Kediaman ini terletak berdekatan KLCC dan mudah dihubungi iaitu dengan jarak jalan kaki ke Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) Ampang Park.

Dengan pembukaan rasminya pada 19 Oktober ini, bakal pembeli dapat melihat sendiri apa yang ditawarkan pada rumah contohnya.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.agilemalaysia.com.my atau hubungi 1300223383

Berita Harian X