Jumaat, 27 September 2019 | 7:53pm
PARADIGM Residence Johor Bahru

Paradigm Residence Johor Bahru akan dilancar esok

KUALA LUMPUR: WCT Land Sdn Bhd, anak syarikat WCT Holdings Bhd, sebuah peneraju syarikat kejuruteraan dan pembinaan, serta hartanah akan melancarkan Paradigm Residence Johor Bahru, kediaman di Paradigm Johor Bahru, esok.

Kediaman ini akan dilancarkan di Galeri Hartanah WCT, Paradigm Mall Johor Bahru.

Paradigm Johor Bahru adalah antara projek hartanah terbesar di Johor Bahru dan langkah pertama peluang pembangunan yang lebih luas di Johor Bahru.

Integrasi pembangunan ini terdiri daripada Paradigm Mall Johor Bahru, salah sebuah gedung membeli-belah serantau terbesar di Johor yang dibuka pada akhir 2017.

Gedung ini menawarkan lebih daripada 400 unit kedai yang beroperasi di ruang berkeluasan 1.3 juta kaki persegi yang dilengkapi dengan 4,200 ruangan tempat letak kereta berbumbung.

Struktur ini juga disertai 200 buah bilik hotel, dikenali sebagai Hyatt Place Johor Bahru Paradigm Mall, yang bakal dibuka kepada umum pada tahun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Hartanah WCT Land, Ong Chou Wen, berkata sejak beberapa tahun yang lalu, Johor Bahru telah berkembang pesat

menjadi sebuah hab komersial dan kediaman berikutan kemasukan pelaburan dan pembangunan utama yang lain.

“Kami percaya penambahan Paradigm Residence sebagai komponen Paradigm Johor Bahru akan memberikan gabungan pilihan kehidupan dan kemudahan santai yang terbaik di rantau ini.

“Paradigm Residence akan menyediakan bakal penghuni menikmati kemudahan bermain, beriadah dan bekerja di pintu masuk dalam lingkungan lokasi idaman, kemudahan sehenti serta jaringan infrastruktur yang tiada tandingan,” katanya dalam satu kenyataan.

Paradigm Residence mempunyai sejumlah 263 unit dengan hakmilik pegangan bebas yang direka dengan inspirasi gabungan elemen keselesaan, elegan dan kemewahan, turut dihiasi rekaan bertemakan batu marmar dari lobi hingga ke koridor.

Kediaman ini menampilkan empat pilihan susun atur; daripada satu hingga tiga bilik tidur, dan luas kediaman antara 530 kaki persegi hingga 1,123 kaki persegi.

Setiap tingkat merangkumi 12 unit, dengan lima buah lif yang menghubungkan Paradigm Mall dengan kediaman, sebagai kemudahan tambahan buat penghuninya.

Setiap unit dilengkapi kabinet dapur, dapur masak berserta penyedut asap, pemanas air untuk semua bilik mandi serta pendingin hawa.

Penduduk dan pelawat dapat menikmati kawalan akses tiga peringkat dan ruang letak kereta peribadi, sekali gus memberikan mereka kemudahan privasi serta keselamatan diyakini.

Paradigm Residence dijual dari harga RM318,000 hingga RM843,000.

Kediaman ini juga dibuka untuk jualan warga asing dari harga RM541,000 ke atas.

Berita Harian X