Rabu, 14 Ogos 2019 | 3:48pm
LAMAN Lakeside

Laman Lakeside catat 72 peratus kadar pengambilan

KUALA LUMPUR: Laman Lakeside, projek pembangunan mewah baharu oleh pemaju terkemuka, Sime Darby Property mencatatkan kadar pengambilan kukuh dengan 72 peratus direkodkan sempena Kempen Spotlight 8, yang dilancar baru-baru ini.

Laman Lakeside, pembangunan berkepadatan rendah dengan 24 unit rumah semi-d, adalah sebahagian daripada kempen Spotlight 8 Sime Darby Property dan produk kediaman kedua yang dilancarkan selepas Kyra, yang dilancarkan pada 13 Julai. Menerusi kempen berkenaan, projek rumah teres dua tingkat itu mencatatkan kadar pengambilan sehingga 86 peratus.

Spotlight 8 menawarkan peluang kepada pelanggan untuk membeli pelbagai hartanah Sime Darby Property melalui Weekend Superdeals dan pelancaran baharu di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor.

Spotlight 8 berlangsung dari 13 Julai hingga 29 September 2019, dengan Superdeals dan pelancaran baharu diadakan setiap hujung minggu sepanjang tempoh kempen.

Kempen itu menawarkan empat hartanah pegangan bebas, termasuk tiga rumah bertanah dan satu projek strata di lokasi strategik di Lembah Klang sementara bagi tawaran Superdeal, pakej istimewa ditawarkan bagi hartanah terpilih di perbandaran Sime Darby.

Selepas itu, Kempen Spotlight 8 berlangsung pada 3 dan 4 Ogos di KL East, Kuala Lumpur yang menawarkan residensi unit pegangan bebas di The Ridge, The Véo dan Serini Melawati dengan rebat tambahan bermula RM91,000.

Mengulas lanjut, Pengurus Besar Sime Darby Property, Ir Mohd Idris Abdullah, berkata pelancaran hartanah dengan harga harga bermula RM1.5 juta adalah satu langkah yang berani, terutamanya untuk Bandar Bukit Raja yang dikenali sebagai lokasi bagi produk harga patut.

“Kami terima respons bahawa permintaan wujud untuk rumah mewah di bandar ini. Kami sedar bahawa ini adalah kerana pengalaman hidup yang luar biasa yang ditawarkan oleh Bandar Bukit Raja dan sambungannya ke lokasi utama di sekitar Lembah Klang.

“Penambahan Laman Lakeside adalah untuk mempelbagaikan penawaran kami di Bandar Bukit Raja, memenuhi pelbagai permintaan pasaran hartanah,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Direka untuk keselesaan dan fleksibiliti, kediaman ini dilengkapi dengan sistem penggera, terletak di lokasi privasi dengan pintu masuk dan keluar tunggal serta dikelilingi komuniti yang selamat.

Menitik beratkan ciri-ciri rumah berkualiti, Laman Lakeside yang terletak di sebelah tasi, menggabungkan Prinsip Rekabentuk Rumah BBR yang mewujudkan rumah yang boleh didiami dengan pengudaraan dan pencahayaan semula jadi, selaras dengan alam dan konsep hidup pelbagai generasi.

Bandar Bukit Raja dihubungkan melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shapadu.

Berita Harian X