Ahad, 26 Mei 2019 | 3:03pm
Dari kiri; Pengerusi Matrix Concepts Holdings Berhad MCHB, Datuk Mohamad Haslah Amin, Naib Pengerusi Eksekutif MCHB, Datuk Lee Tian Hock, Pengarah Urusan Kumpulan Matrix Concepts Holdings Berhad MCHB, Ho Kong Soon, Pengarah Urusan Matrix Concepts (Australia) MCHB, Jon Wee dan Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Matrix Concepts Holdings Berhad Matrix Concepts Holdings Berhad MCHB, Lim Kok Yee di pameran projek pembangunan hartanah pada sidang media mengenai projek pembangunan hartanah di Melbourne, Australia di Hilton Kuala Lumpur. - Foto Nurul Shafina Jemenon

Matrix Concepts lancar projek hartanah di Melbourne

KUALA LUMPUR: Peneraju pemaju hartanah di Negeri Sembilan, Matrix Concepts Holdings Bhd (Matrix Concepts) melancarkan projek hartanah keduanya di Melbourne, M. Greenvale dengan nilai pembangunan kasar (GDV) AUD$48 juta (RM139.31 juta).

Projek di atas tanah seluas 4.4 hektar itu menempatkan 70 unit banglo di kawasan pinggir bandar utara Melbourne dengan harga bermula daripada AUD$600,000 (RM1.74 juta)

Menurut Pengarah Urusan Matrix Concepts (Australia) Pty Ltd, Jon Wee, kerja pembinaan bagi projek berkenaan akan bermula pada Oktober depan dan ia dijangka siap sepenuhnya pada awal 2021.

Katanya, sehingga kini pihaknya sudah berjaya menjual 20 unit daripada keseluruhan unit yang ditawarkan.

“Kami menyasar untuk menjual sehingga 40 peratus daripada projek pembangunan ini kepada warganegara lain dan mahu memperuntukkan baki unit berkenaan kepada penduduk tempatan dan rakyat Australia.

“Ini bagi mengekalkan komuniti bercampur di lokasi berkenaan. Selain itu, kami turut menyasar pembeli dari Malaysia akan membeli 10 unit lot banglo di kawasan terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran projek pembangunan berkenaan di sini, semalam.

M. Greenvale terletak berhampiran dengan Greenvale Reservoir Park dan hanya mengambil masa pemanduan selama 25 minit untuk sampai ke Melbourne CBD.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Matrix Concepts, Datuk Mohamad Haslah Mohd Amin dan Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan MCHB Datuk Lee Tian Hock.

Matrix Concepts mempunyai rekod yang baik dalam membangunkan hartanah kediaman dan komersil di Negeri Sembilan dan Johor.

Ia kini mengembangkan unit perniagaannya menerusi empat teras utama iaitu pembangunan hartanah, pembinaan, pendidikan dan hospitaliti.

Mengulas lanjut, Mohamad Haslah berkata pihaknya sentiasa meneroka peluang untuk membeli tanah di lokasi baharu yang berpotensi sama ada di dalam atau di luar negara.

“Bagaimanapun, kami amat berhati-hati dan tidak akan melakukannya secara tergesa-gesa. Ini disebabkan oleh faktor harga yang sudah berubah berbanding tempoh lima tahun lalu,” katanya.

Berita Harian X