Khamis, 6 Disember 2018 | 2:07pm
Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Berhad, Anwar Syahrin Abdul Ajib (dua dari kanan) bersama Naib Presiden Serantau Hyatt House Asia Pasifik, Micheal Koffler (tiga dari kiri) pada pelancaran Hyatt House Kuala Lumpur. Foto NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Berhad, Anwar Syahrin Abdul Ajib (dua dari kanan) bersama Naib Presiden Serantau Hyatt House Asia Pasifik, Micheal Koffler (tiga dari kiri) pada pelancaran Hyatt House Kuala Lumpur. Foto NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

UEM Sunrise lancar Hyatt House Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah UEM Sunrise Bhd dan Hyatt Hotels & Resorts melancarkan projek pembangunan terbarunya, Hyatt House Kuala Lumpur di Mont Kiara dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.2 bilion.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib, berkata syarikat itu aktif mencari peluang dalam sektor peniagaan baharu sebagai sebahagian portfolio perniagaannya.

“Memeterai perjanjian pengurusan perkhidmatan dengan Hyatt untuk membangunkan Hyatt House adalah titik penting dalam usaha memperluas skop kami dengan menceburi industri hospitaliti,” katanya pada majlis pelancaran Hyatt House di sini, hari ini.

Hotel itu akan dilengkapi 298 bilik tetamu, sebuah restoran, ruang mesyuarat seluas 3,100 kaki persegi (290 meter persegi), pusat senaman dan kolam renang.

Ia sebahagian daripada pembangunan gunasama Arcoris MontKiara, yang juga akan dilengkapi suite perniagaan, pejabat kecil pejabat rumah (SoHo), unit kediaman dan plaza runcit.

Lokasi hotel itu amat strategik iaitu berhampiran sekolah antarabangsa terkemuka, Kuala Lumpur Golf & Country Club dan daerah perniagaan utama Kuala Lumpur Sentral dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

-BERNAMA

Berita Harian X