Rabu, 17 Oktober 2018 | 1:41pm
LIONG Kok Kit (kanan) dan Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong melancarkan kondominium Astrea Mont Kiara di UEM Sunrise Showcase. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
LIONG Kok Kit (kanan) dan Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong melancarkan kondominium Astrea Mont Kiara di UEM Sunrise Showcase. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

UEM Sunrise lancar Residensi Astrea dengan GDV RM323 juta

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) melancarkan projek pembangunan terbaharunya di Mont Kiara, Residensi Astrea dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM323 juta.

Projek pembangunan di atas tapak seluas 0.971 hektar itu bakal menempatkan 240 unit kondominum setinggi 37 tingkat.

Pengarah Central 2 UEM Sunrise, Liong Kok Kit, berkata walaupun projek itu baru dilancarkan secara rasmi, ia sudah mencatat lebih 50 peratus jumlah tempahan.

“Dengan harga bermula dari RM1.1 juta atau RM870 untuk satu kaki persegi, projek pembangunan ini menyusuli kejayaan projek kami yang terdahulu di Mont Kiara iaitu Residensi Solaris Parq Mont’Kiara.

“Projek pembangunan kediaman berkepadatan rendah ini juga mempunyai beberapa pilihan saiz unit bermula dari 1,364 kaki persegi hingga 1,859 kaki persegi.

“Residensi Astrea adalah satu lagi contoh yang menunjukkan komitmen kami dalam mencipta ruang kehidupan yang menakjubkan yang mana sesebuah keluarga itu boleh menjadi sebahagian daripada komuniti yang mapan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran projek pembangunan itu di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Ketua Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong.

Mengulas lanjut, Wong berkata UEM Sunris adalah pemaju gaya hidup dan sesebuah rumah tidak hanya terhad kepada jenis teres atau kondominium sahaja.

“Memandangkan kami adalah pemaju perintis di Mont’Kiara, kami terus membina komuniti bagi masa depan dan berusaha mempromosikan kehidupan komuniti yang selesa di lokasi ini menerusi pelbagai program.

“Sebagai contoh, kami mempunyai Pusat Komuniti Zon Ria UEM Sunrise yang ditubuhkan pada 2006.

“Penubuhannya bertujuan untuk memperkayakan gaya hidup komuniti kami dengan memperkenalkan banyak program berteraskan komuniti seperti kelas bahasa, pusat kecergasan, kelas masakan dan sebagainya,” katanya.

INFO

* Projek dijangka siap pada suku pertama 2023.

Berita Harian X