Jumaat, 21 September 2018 | 12:09pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

Lima cara tingkatkan perniagaan pasangan

MEMILIH untuk fokus kepada perniagaan bukan mudah. Sokongan daripada pasangan diperlukan lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkeluarga kerana perniagaan adalah pendapatan sampingan yang boleh dijadikan ‘duit tambahan’ untuk membeli keperluan diri sendiri dan keluarga.

Mungkin anda tinggal di rumah ibu bapa, makan gaji atau bekerja sendiri dan mempunyai masa yang terhad bersama keluarga. Justeru, berikan sokongan kuat kepada pasangan yang ingin meringankan tugas anda dengan perniagaan mereka menerusi lima cara iaitu;

1. Beri mereka masa dan zon bebas gangguan

Ia bukan mengenai kuantiti masa yang diperuntukkan untuk bekerja tetapi bagaimana untuk meningkatkan produktiviti. Adakah anda tahu bahawa sepanjang lapan jam waktu bekerja, pekerja biasa hanya produktif lebih kurang dua jam dan 53 minit saja.

Mengikut satu kajian, gangguan yang diterima ketika bekerja walaupun kecil boleh mengambil masa sehingga 25 minit untuk diatasi.

Sehubungan itu, lebih baik memberikan pasangan anda masa lebih banyak dan gangguan minimum sehingga mereka boleh mengawal keadaan dengan memberi fokus kepada pekerjaan terutama aliran minda iaitu bagaimana mereka mengawal pemikiran dan sering digambarkan sebagai ‘in the zone’ bagi peningkatan produktiviti.

Bagi membantu pasangan anda dengan zon mereka, anda perlu minimum perkara yang tidak penting sama ada berkaitan peribadi atau perniagaan. Sebagai contoh, membantu mereka mengurus anak untuk beberapa jam terutama bagi pasangan yang bekerja dari rumah.

2. Rangkaian perniagaan dan memimpin

Cabaran paling besar bagi perniagaan yang sedang meningkat naik adalah bagaimana untuk menarik pelanggan baharu dan memimpin mereka.

Petunjuk kejayaan dalam perniagaan mudah iaitu lebih banyak jualan, lebih banyak anda peroleh keuntungan. Oleh itu sekiranya anda menghadiri apa juga acara, buat jalinan perniagaan terutama apabila bertemu orang baharu.

Berkongsi dengan mereka berhubung perniagaan pasangan anda tetapi jangan terlalu memaksa kerana ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan sebaliknya hubungi kenalan anda untuk bercerita mengenai pernaigaan pasangan anda kerana kaedah ini menggalakkan lebih ramai yang berminat dengan apa yang ditawarkan itu.

Walaupun tidak memerlukan produk atau perkhidmatan untuk dijadikan alat promosi, pemasaran dari mulut ke mulut turut memberi kesan kepada orang ramai. Ingat, orang lebih cenderung untuk membantu individu yang mereka suka.

3. Berbincang mengenai berita dunia, perihal perniagaan dan idea pembangunan diri

Sudah tentu anda sudah biasa membaca buku dan artikel bermaklumat sepanjang masa lapang kerana anda sedang berusaha menjadi individu yang lebih baik. Ia juga menjadi sebab pasangan anda jatuh cinta dengan anda.

Berkongsi pengetahuan, mulakan perbincangan mengenai apa yang anda pelajari pada setiap hari pada waktu makan malam. Antara persoalan yang boleh didebatkan termasuk sama ada terdapat perjanjian perdagangan yang boleh memberi kesan kepada perniagaan pasangan?

Bagaimanakah dengan kajian baharu yang berkaitan dengan perniagaan pasangan? Adakah terdapat kajian baharu berhubung produktiviti dalam institusi kekeluargaan di mana semua maklumat itu berguna untuk pasangan anda. Bonus: Anak anda juga boleh menyerap maklumat yang dibincangkan anda dan pasangan.

4. Cari peluang mengoptimumkan proses automasi atau perniagaan

Teknologi adalah satu perkara yang menarik, pantas, praktikal dan sukar untuk bersaing. Justeru, sekiranya anda tahu mengenai teknologi bantu pasangan anda meningkatkan perniagaan mereka dengan teknologi digital hari ini.

Contoh paling mudah adalah sekiranya pasangan anda menjalankan kedai e-dagang menerusi Facebook. Terdapat beberapa cara yang boleh membantu menjawab pertanyaan pelanggan yang berminat pada masa yang tepat.

Malah melalui grafik dan video anda dapat mempelbagaikan kandungan. Facebook menggalakkan grafik dan kandungan video melalui teks dan menjadikan ‘newsfeed’ lebih selalu dilihat dan dikongsi.

5. Menggalakkan perkongsian tugas sebagai ibu bapa dan urusan rumah tangga

Walaupun pasangan anda sibuk dengan kerja itu tidak bermakna mereka mahu berhenti menjadi ibu bapa.

Tiada siapa yang ingin melepaskan peluang untuk menikmati masa yang ada bersama anak-anak dan ia adalah sebab utama kenapa pasangan anda memulakan perniagaan. Disebabkan itu berikan pasangan anda masa untuk ‘mummy-only’ atau ‘daddy-only’ selagi boleh.

Sementara itu, untuk tugas kerja rumah, lakukan bersama dan ia sebenarnya berpotensi menggalakkan kebahagiaan di antara pasangan iaitu elemen yang diperlukan untuk kestabilan dalam hubungan.

Tugas keibubapaan dibahagi sama rata kerana dengan mengutamakan keadilan dan kecekapan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa boleh membantu produktiviti masing-masing.

Pada masa sama, sekiranya pasangan menyatakan minat dalam mempelajari kemahiran baharu seperti memasak, galakkan mereka. Mempelajari kemahiran baharu membantu minda menjadi lebih kuat dan bagus untuk menangani cabaran terutama dalam mengukuhkan perniagaan.

Bukan tugas anda untuk berkorban demi pasangan anda kerana itu akan membawa perasaan kebencian dan kemarahan. Tumpuan adalah untuk menjadi individu yang lebih baik dan komunikasi berkesan antara pasangan bermula dengan selalu memberi sokongan. Kongsi artikel ini dengan pasangan kerana ia adalah cara terbaik untuk memulakan perbincangan mengenai topik ini.

Sekiranya anda bersedia untuk membeli harta, anda boleh menyemak pelbagai program Home Affordable yang terdapat di pasaran.

Berita Harian X