Rabu, 28 Februari 2018 | 5:16pm
PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan BlackWall dan Ketua Pegawai Eksekutif Watso, Stuart Brown (kedua dari kiri) di UEM Sunrise untuk menandatangani perjanjian dengan syarikat yang berpangkalan di Australia baru perniagaan Venture di UEM Sunrise, Mont Kiara. - Foto Aswadi Alias
PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan BlackWall dan Ketua Pegawai Eksekutif Watso, Stuart Brown (kedua dari kiri) di UEM Sunrise untuk menandatangani perjanjian dengan syarikat yang berpangkalan di Australia baru perniagaan Venture di UEM Sunrise, Mont Kiara. - Foto Aswadi Alias

UEM Sunrise, firma Australia lancar projek ruang pejabat

KUALA LUMPUR:UEM Sunrise Bhd dan penyedia ruang pejabat terkemuka Australia, WOTSO yang juga anak syarikat BlackWall Ltd bakal melancarkan projek perkongsian ruang pejabat pertama di negara ini, Mercu Summer Suites Kuala Lumpur pada suku kedua 2018.

UEM Sunrise dan WOTSO akan menguasai 50:50 kepentingan dalam syarikat yang ditubuhkan hasil kerjasama terbabit.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib, berkata bagi fasa pertama kedua-dua pihak akan membangunkan Mercu Summer Suites berkeluasan 13,000 kaki persegi.

Katanya, projek itu membabitkan dua menara dan sebanyak 877 unit ruang pejabat serta 708 parkir pelawat.

Manakala untuk fasa kedua pula akan dilancarkan pada suku keempat 2018 membabitkan projek di Imperia, Puteri Harbour bersaiz 30,000 kaki persegi dengan pelaburan dianggarkan RM6 juta bagi kedua-dua fasa.

"Melalui kepakaran WOTSO, kami menyasarkan untuk menjadi pemacu dalam industri perkongsian ruang pejabat di negara ini. Malah kerjasama ini memberi peluang kepada UEM Sunrise menceburi bidang baru dan memanfaatkan sumber sedia ada dalam bidang masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani perjanjian kerjasama antara UEM Sunrise dan WOTSO di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi dan Komersil UEM Sunrise, Raymond Cheah; Ketua Pegawai Eksekutif BlackWall, Stuart Brown; dan Pengurus Kanan WOTSO, Thomas Aitchison.

Sementara itu, Brown berkata BlackWall pertama kali memasuki pasaran Malaysia dan yakin kerjasama dengan UEM Sunrise akan memberi kelebihan kepada pelbagai pemain industri.

"WOTSO mempunyai persekitaran kerja yang fleksibel dan mampu menarik ahli daripada syarikat pemula niaga atau "startup", perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat multinasional (MNC)," katanya.

Lebih menarik, beliau berkata ahli WOTSO di Malaysia juga layak untuk mendapatkan akses percuma di 14 WOTSO hab yang beroperasi di Singapura dan Australia.

Berita Harian X