Khamis, 16 November 2017 | 6:55pm
Ketua Pegawai Operasi & Transformasi Sime Darby, Datuk Wan Hashimi Albakri dan Yeoh Wei Ling (Individu Bertanggungjawab, SJCC dan Pembangunan Bersepadu) dengan model skala Lot 15 di majlis pelancaran pangsapuri perkhidmatan hari ini. - Foto ihsan Pembaca

Sime Darby Property lancar projek pembangunan baharu

KUALA LUMPUR: Sime Darby Property bakal melancarkan pembangunan hartanah terbaharunya, Lot 15 yang terletak di Pusat Bandar Subang Jaya (SJCC) hujung minggu ini bertempat di galeri SJCC Wisma Consplant 2, Subang Jaya.

Lot 15 adalah pangsapuri perkhidmatan yang terdiri daripada dua menara kediaman 20 tingkat dengan 361 unit kediaman dan tiga tingkat unit runcit.

Pembangunan hartanahnya itu meliputi kawasan seluas 901 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM269.2 juta.

Harga jualannya adalah antara RM593,888 hingga RM1,009,888 untuk unit kediaman 624 kaki persegi hingga 1,001 kaki persegi jenis antara 1+1 hingga 2+1 bilik tidur.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, hartanah itu menawarkan pemilikan bebas dan bertujuan memenuhi keperluan pembeli rumah pertama kali, golongan muda profesional serta pelabur.

Beliau berkata, pihaknya juga menawarkan bayaran guaman percuma di SPA dan pembayaran, yuran guaman pinjaman dan pembayaran pinjaman percuma serta yuran penyelenggaraan percuma untuk 12 bulan.

"Sudah tiba masanya untuk kita memberikan kelebihan baharu ke Subang Jaya melalui Lot 15 yang akan menjana semula perbandaran Subang Jaya menjadi bandaraya matang.

"Konsep pembangunan Lot 15 memenuhi keperluan penduduk bandar yang mencari pembangunan yang saling berkaitan. Selepas lebih daripada 40 tahun, Subang Jaya terus menjadi perbandaran dan model komuniti yang mampan.

"Ia penanda aras untuk pembangunan perbandaran lain di Malaysia negara dan menyaksikan kepakaran kami dalam membangunkan perbandaran mampan dan

komuniti bestari," katanya dalam satu kenyataan.

Lot 15 adalah Pembangunan Bersebelahan Transit (TAD), pembangunan yang saling berkaitan dengan kemudahan dan kemudahan yang berdekatan.

Ia berada dalam jarak berjalan kaki dari Stesen LRT Subang Jaya dan mudah diakses dari lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Berita Harian X