Selasa, 17 Mei 2022 | 5:21pm
SUV serba baharu dan mewah ini menjadi penanda aras baharu kenderaan masa kini.
SUV serba baharu dan mewah ini menjadi penanda aras baharu kenderaan masa kini.

Segala-galanya 'lebih' dengan Lexus NX serba baharu

Diketengahkan sebagai pencetus perubahan kenderaan utiliti sukan (SUV), Lexus NX kini hadir dengan gaya yang menawan, dalaman imaginatif, seni hebat dan kejuruteraan luar biasa.

Menonjolkan lagi kehebatan SUV mewah ini adalah varian F-SPORT yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Dengan lebih 95 peratus komponennya diperbaharui sepenuhnya, Lexus NX F-SPORT serba baharu berubah menjadi model yang menandakan kejayaan Lexus ke generasi seterusnya.

Dari awal lagi, jurutera Lexus menyasarkan untuk mengekalkan keaslian dan keistimewaan bentuk Lexus NX yang digemari sambil menyuntik elemen reka bentuk Lexus generasi seterusnya yang segar dan inovatif ke dalam model baharu.

SUV serba baharu dan mewah ini menjadi penanda aras baharu kenderaan masa kini.
SUV serba baharu dan mewah ini menjadi penanda aras baharu kenderaan masa kini.

Reka bentuk hadapan telah diberikan imej yang lebih berani dengan menawarkan rupa yang lebih bersih dan menonjol.

Karakter 'spindle grille' yang didatangkan menerusi model ini menampilkan jejaring jeriji baharu dengan corak silang manakala pembahagi bampar hadapan dihias dengan perak satin untuk mencipta kontras sporty kepada gril hitam berkilat.

Lampu depan projektor LED 3 mata menampilkan sambungan hitam yang menghasilkan kesan yang lebih tenang dan meningkatkan rupa lampun nyalaan siang (DRL) berbentuk L.

F-SPORT menonjolkan kejuruteraan ampuh Lexus.
F-SPORT menonjolkan kejuruteraan ampuh Lexus.

Di bahagian belakang, lampu belakang Lexus NX F-SPORT baharu penuh inspirasi dengan lampu signatur gabungan berbentuk L kini mengapit bar lampu berpusat yang bertindak sebagai lampu belakang sebagai sebahagian daripada watak jenama baharu.

Logo Lexus juga telah diberi ubah suai dengan pandangan yang anggun dan moden.

Penambahbaikan sempurna

Menyentuh mengenai trenkuasanya pula, NX F-SPORT didatangkan dengan enjin pengecas turbo 2.4 liter yang menghasilkan 275 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm, manakala tork pula mencecah 430Nm pada 1,700 hingga 3,600 rpm.

F-SPORT menonjolkan kejuruteraan ampuh Lexus.
F-SPORT menonjolkan kejuruteraan ampuh Lexus.

Enjin lancar dan responsif dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan baharu dengan kawalan anjakan kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan kamera untuk mengimbas jalan di hadapan dan memadankan corak anjakannya dengan sewajarnya.

Tumpuan kepada prestasi lincah Lexus NX baharu juga ialah platform Lexus Global Architecture K (GA-K) yang menawarkan peningkatan 30 peratus lebih kukuh berbanding generasi sebelumnya, di mana platform baharu ini menawarkan kawalan selekoh yang lebih baik dan pengendalian dinamik.

Penghantaran kuasa terutamanya pada roda hadapan untuk kecekapan maksimum tetapi dengan menggunakan sistem AWD sepenuh masa yang dikawal secara elektronik.

Sistem ini mengurangkan kejadian kurang atau over-steer, memberikan pemandu prestasi selekoh yang lebih tepat.

Bagi menguji keupayaan NX F-SPORT ini, penulis diberi peluang memandu uji lebih 10 pusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu lalu.

Sepanjang tempoh ujian, banyak pembaharuan telah ditampilkan model ini termasuk tahap kebisingan dalam kabin, kuasa dan keteguhan pemanduan.

Malah, sekali pandang wajah terkini model ini, ia cukup menonjol, malah rekaan dalam kabin ternyata lebih mewah berbanding model sebelumnya.

Lexus NX serba baharu sudah boleh ditempah di semua enam Pusat Lexus di seluruh negara sejak 27 April lalu.

Untuk varian F-SPORT, ia ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM389,888, manakala bagi varian Luxury pula bermula RM370,888.

Info:

Lexus NX F-SPORT

  • Harga atas jalan tanpa insurans RM389,888
  • Enjin pengecas turbo 2.4 liter
  • Hasilkan 275 hp @ 6,000 rpm, tork puncak 430Nm @ 1,700-3,600 rpm
  • Transmisi automatik 8-kelajuan baharu dengan kawalan anjakan kecerdasan buatan (AI)
  • Guna platform Lexus Global Architecture K (GA-K) yang menawarkan peningkatan 30 peratus lebih kukuh
Berita Harian X