Khamis, 25 Februari 2021 | 5:10pm
Antara model edisi khas yang ditawarkan Honda Malaysia menerusi ‘1 Million Dreams Campaign’
Antara model edisi khas yang ditawarkan Honda Malaysia menerusi ‘1 Million Dreams Campaign’

Honda tawar hadiah tujuh model edisi khas

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia menawarkan hadiah tujuh model edisi khas bernilai RM1 juta menerusi '1 Million Dreams Campaign'.

Selain memperingati pencapaian signifikan, kempen berkenaan bertujuan untuk menghargai pelanggan ke atas sokongan terhadap jenama Honda.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, berkata '1 Million Dreams Campaign' adalah inisiatif syarikat untuk berterima kasih kepada pelanggan.

"Sebagai penghargaan kami menawarkan tujuh model edisi khas iaitu Jazz, City serba baharu, BR-V, HR-V, Civic, New CR-V dan Accord," katanya.

'1 Million Dreams Campaign' yang berlangsung mulai hari ini hingga 24 Mac ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada rakyat Malaysia.

Tujuh model edisi khas yang ditawarkan menerusi '1 Million Dreams Campaign' direka khas dengan fungsi unik menjadikan ia satu-satunya model yang terdapat di Malaysia.

Bahagian luaran ditawarkan dengan dwi-tona, Front Fascia dengan Red Highlights, cermin sisi Sporty Red Line, rim aloi warna hitam dengan sorotan merah termasuk emblem signatur 1 Million Dreams pada kedua-dua fender depan kereta.

Menjengah ke dalam kabin, model edisi khas ini dilengkapi dengan perehat kepala '1 Million Dreams Embossed' pada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan serta roda stereng balutan kulit dengan jahitan merah dan 'Center Mark'.

Setiap model edisi khas '1 Million Dreams' juga hadir dengan 'Special Edition Leather Key Pouch'.

Untuk keterangan lanjut mengenai '1 Million Dreams Campaign', boleh layari laman web honda.com.my/1milliondreams/entry atau lawati 102 pengedar sah Honda di seluruh negara.

Berita Harian X