Selasa, 3 March 2020 | 9:04pm
Warna “Midnight Black” memberi kelainan kepada MINI Countryman Blackheath Edition.
Warna “Midnight Black” memberi kelainan kepada MINI Countryman Blackheath Edition.

Blackheath Edition, edisi khas pertama MINI Countryman

MINI memperkenalkan MINI Countryman Blackheath Edition - keluaran edisi terhad yang hadir dalam warna hitam menawan yang diinspirasikan daripada rimba gelap Blackheath yang terletak di Tenggara London, United Kingdom.

MINI edisi terhad ini juga lengkap dengan MINI Connected App yang terkini untuk membekalkan pengalaman kepenggunaan yang lancar dan unik.

MINI Countryman Blackheath Edition ditawarkan secara eksklusif dalam warna “Midnight Black”, iaitu penawaran warna eksterior yang sulung bagi generasi MINI Countryman ini.

Jentera edisi terhad berkenaan turut menampilkan Jaluran Bonet bertona matte dalam warna aluminium (Brushed Aluminium).

Eksklusif untuk Blackheath Edition, trim MINI Accessories dalam warna hitam (Piano Black) menyerlahkan sisi gelap MINI Countryman yang mempesonakan.

Trim Piano Black berkenaan menyulami komponen trim Lampu Hadapan dan Belakang, Gril Hadapan, Hendal Pintu, Emblem Hadapan dan Belakang, serta Lencana Bonet COUNTRYMAN.

MINI Countryman Blackheath Edition turut membariskan lampu kabus LED yang baharu serta Pelitup Cermin Aerodinamik yang buat julung kalinya dapat dilihat pada MINI John Cooper Works Countryman 306HP yang telah diperkenalkan tahun lalu.

enampilan mengagumkan MINI Countryman Blackheath Edition.
enampilan mengagumkan MINI Countryman Blackheath Edition.

Penampilan mengagumkan

Selain itu, MINI Countryman Blackheath Edition hadir dengan set roda John Cooper Works Circuit Spoke 19 inci dengan tayar “run-flat” untuk melengkapi keelegenan warna eksterior jentera ini, berserta kit John Cooper Works Aerodynamic.

MINI Countryman Blackheath Edition hadir dalam varian Cooper S dan diberi nafas oleh enjin MINI TwinPower Turbo yang mampu menjana 192 kuasa kuda (hp) dan nilai tork berjumlah 280 Nm yang digabungkan dengan Transmisi Dwi-Klac Sport 7 Kelajuan.

Dengan jentera berkuasa ini, ia mampu membuat pecutan abad dalam masa 7.5 saat dan mencatat kelajuan tertinggi mencecah 225 kilometer sejam (km/j).

Jentera ini menggunakan bahan api berjumlah 6.6 liter bagi setiap perjalanan berjarak 100 km, serta output CO2 berjumlah 151 g/km.

Fungsi luncur juga ditawarkan dalam kedua-dua mod “MID” dan “GREEN”, di mana rangkaian pemacu (drivetrain) dibebaskan sebaik sahaja pemandu berhenti menekan pedal pemecut.

MINI Countryman Blackheath Edition ditawatkan pada harga atas jalan tanpa insurans dengan waranti tanpa had perbatuan bertempoh empat tahun berserta servis berjadual percuma, RM253,888.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X