Isnin, 6 Januari 2020 | 12:42pm
Mitsubishi Triton Knight.
Mitsubishi Triton Knight.

Bukti keistimewaan Mitsubishi Triton Knight

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) membawa masuk bahawa model edisi terhad Mitsubishi Triton Knight yang ditawarkan pada harga RM137,900 tetapi hanya tersedia untuk 120 unit saja.

Apa yang menarik, model ini dihasilkan daripada varian Triton Adventure X dan ditambah dengan pelbagai ciri tambahan yang unik.

Seperti versi Knight sebelum ini, ia hanya hadir dengan warna badan White Diamond, manakala ciri tambahan luaran yang akan diberikan pada model edisi terhad baharu ini termasuk kemasan berwarna kelabu pada bampar hadapan, pelindung hud enjin, visor tingkap, dan juga pelekat badan khas Triton Knight.

Menjengah ke dalam kabin, model ini menerima scuff plate pada bendul pintu dan juga karpet kaki yang disulam dengan logo Knight dan benang merah.

Kuasa kekal

Versi ini juga menerima ciri yang sama seperti Adventure X termasuk Pemantau Sekeliling (ARM), kamera DVR, sistem hiburan dengan skrin sesentuh utama tujuh inci bersama sokongan CarPlay dan Android Auto, serta Flying Sports Bar pada bed belakang.

Kelengkapan lain yang turut hadir termasuk lampu hadapan projector bi-LED bersama DRL LED, tempat duduk balutan kulit, tempat duduk larasan kuasa untuk pemandu, pedal penukar gear di stereng dan pengelap cermin automatik.

Dari aspek keselamatan, Triton Knight dilengkapkan dengan Forward Collision Mitigation, Blind Spot Warning dengan Lane Change Alert, Rear Cross Traffic Alert, Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (depan dan belakang), Auto High Beam, amaran tali pinggang pemandu hadapan, pengesan jarak depan dan belakang, ABS, EBD, BA, Stability Control, Traction Control dan tujuh beg udara.

Dari segi rangkaian kuasa pula, ia kekal menggunakan enjin 4N15 MIVEC turbodiesel 2.4 liter yang mampu menjana 179 kuasa kuda (hp) pada 3,500 rpm dan tork puncak 430 Nm bermula 2,500 rpm.

Info: Mitsubishi Triton Knight

* Harga bermula RM137,900

* Terhad 120 unit

* Enjin 4N15 MIVEC turbodiesel 2.4 liter

* 179 hp @ 3,500 rpm dan tork puncak 430 Nm bermula 2,500 rpm

* Pemantau Sekeliling (ARM), kamera DVR, sistem hiburan dengan skrin sesentuh utama tujuh inci bersama sokongan CarPlay dan Android Auto, serta Flying Sports Bar pada bed belakang.

* Lampu hadapan projector bi-LED bersama DRL LED

* Tempat duduk balutan kulit

* Tempat duduk larasan kuasa untuk pemandu

* Pedal penukar gear di stereng

* Pengelap cermin automatik.

* Aspek keselamatan: Forward Collision Mitigation, Blind Spot Warning dengan Lane Change Alert, Rear Cross Traffic Alert, Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (depan dan belakang), Auto High Beam, amaran tali pinggang pemandu hadapan, pengesan jarak depan dan belakang, ABS, EBD, BA, Stability Control, Traction Control dan 7-beg udara.

Berita Harian X