Ahad, 20 Oktober 2019 | 6:04pm
Proton Exora penuhi keperluan. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Selain kapasiti tujuh tempat duduk ergonomik, ketua keluarga pastinya akan tertarik dengan ruang but model ini seluas 920 liter dengan kerusi penumpang boleh dijatuhkan. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Lebih menarik, bagi memastikan ketersambungan intenet tidak terhenti apabila menempuh perjalanan jauh, PROTON juga menyediakan pakej data dan internet. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Proton Exora 2019 ditawarkan dengan dua varian iaitu Premium 1.6T CVT pada harga RM66,800 dan Executive 1.6T CVT pada harga RM59,800. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Untuk keluarga besar

KUALA LUMPUR: Memiliki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) pastinya menjadi satu keperluan kepada mereka yang memiliki keluarga besar.

Apa tidaknya, dengan saiz tujuh tempat duduk, ia pasti memberi kepuasan kepada ketua keluarga kerana tidak perlu menggunakan kereta kedua terutama apabila pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan atau cuti panjang.

Dengan saiz yang dimiliki, ia boleh menjadi pelaburan jangka panjang kepada ketua keluarga jika ketika ini masih memiliki sekitar tiga hingga empat ahli keluarga.

Pengenalan versi terkini model Proton Exora menjadi pilihan mobiliti untuk banyak keluarga di Malaysia yang menggemari ciri ruang selesa serta kemampuannya membawa tujuh penumpang.

Dengan sentuhan lebih segar, Proton Exora 2019 yang mengalami arus pembaharuan dengan konsep 'Intelligence at Moves'.

MPV segmen C itu hadir dengan rekaan luaran diperkemas dengan lampu nyalaan siang (DRL), rim aloi 16 inci, skirting, spoiler, lampu kabus belakang, antena sirip jerung dan bumbung berwarna hitam.

Bahagian dalaman dilengkapi kerusi material kulit dan fabrik corak baharu, cermin lihat belakang tanpa bingkai serta meter combo TFT baharu.

Selain itu, ia kini ditambah baik dengan dua pengecas USB pada konsol tengah serta soket kuasa 12V, corong pendingin udara untuk semua baris tempat duduk serta cermin sisi lipatan elektrik.


- NSTP/Eizairi Shamsudin

- NSTP/Eizairi Shamsudin

Hi Proton!

Ia juga didatangkan dengan sistem maklumat dan hiburan dengan skrin sesentuh tujuh inci yang memaparkan kamera undur, fungsi pelayaran automatik dan sistem ketersambungan pintar 4G dan Wi-fi dengan fungsi arahan suara Hi Proton!.

Dikuasakan dengan enjin 1,561cc Turbo VVT DOHC dengan kotak gear CVT transmisi enam kelajuan, ia mampu menjana kuasa 160 PS pada 5,000 rpm dan tork 205Nm pada 2,000 hingga 4,000 rpm.

Selain kapasiti tujuh tempat duduk ergonomik, ketua keluarga pastinya akan tertarik dengan ruang but model ini seluas 920 liter dengan kerusi penumpang boleh dijatuhkan.

Dengan saiz ruang simpanan pilihan, semua ‘barangan’ penting pastinya tidak ditinggalkan setiap kali pulang atau kembali dari kampung.

Sistem keselamatan menarik

Versi baharu Proton Exora juga tampil dengan ciri keselamatan menarik iaitu beg udara SRS hadapan, Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan pengesan halangan parkir belakang.


- NSTP/Eizairi Shamsudin

- NSTP/Eizairi Shamsudin

Lebih menarik, bagi memastikan ketersambungan intenet tidak terhenti apabila menempuh perjalanan jauh, PROTON juga menyediakan pakej data dan internet.

Proton Exora 2019 ditawarkan dengan dua varian iaitu Premium 1.6T CVT pada harga RM66,800 dan Executive 1.6T CVT pada harga RM59,800 dengan lima pilihan warna iaitu 'Maroon Rosewood', 'Putih Snow', 'Merah Ruby', 'Kelabu Indiana' dan 'Kelabu Cocoa'.

Di samping itu, Proton Exora hadir dengan jaminan selama lima tahun atau 150,000 kilometer yang mana lebih dahulu.

Berita Harian X