Ahad, 22 September 2019 | 3:15pm
KETUA Pengurusan Produk dan Penyelidikan Pasaran Nasim, Mohamad Redza Azizan. - Foto Amirudin

Nasim sasar jual 3,000 Peugeot 3008, 5008 CKD

PETALING JAYA: Pengimport dan pengedar tunggal kenderaan Peugeot di negara ini, Nasim Sdn Bhd (Nasim) menyasar untuk menjual 3,000 unit model pemasangan tempatan (CKD) Peugeot 3008 dan 5008 SUV dalam tempoh setahun, selepas ia dilancarkan bulan lalu.

Ketua Pengurusan Produk dan Penyelidikan Pasaran Nasim, Mohamad Redza Azizan, berkata sasaran jualan berkenaan diyakini dicapai bersandarkan kepada maklum balas baik yang diterima daripada pelanggan.

“Mereka gembira dengan pemanduan kereta berkenaan, malah sudah ada beberapa kelab kereta model berkenaan ditubuhkan. Selain itu, kami juga mempunyai kempen pemasaran yang akan dijalankan serta rangkaian pengedaran di seluruh negara.

“Apa yang kami mahu berikan adalah produk yang baik dan perkhidmatan yang memuaskan hati pembeli. Apabila berpuas hati, mereka akan menyebarkan kebaikan yang ada dan jualan kenderaan juga boleh dijana,” katanya.

Beliau berkata kepada BH selepas sesi pelepasan konvoi kelab kereta Peugeot model 3008 SUV Plus dan 5008 SUV Plus, Lion Phantom Club di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Sebanyak 24 kereta menyertai konvoi dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu itu.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Nik Hamdan Nik Hassan.

Model 3008 SUV Plus dan 5008 SUV Plus yang dilancarkan bulan lalu adalah model pemasangan tempatan sepenuhnya yang dilakukan di kemudahan Naza Automotive Manufacturing di Gurun, Kedah.

Mengulas lanjut, Redza berkata pihaknya berharap kedua-dua model berkenaan dapat menyumbang gabungan sebanyak 70 peratus jualan daripada jumlah kenderaan Peugeot tahun ini.

“Bergerak ke hadapan, banyak perancangan yang kami telah bincangkan antaranya adalah dengan melancarkan sekurang-kurangnya satu model CKD setiap tahun.

“Pada masa ini, kami berbangga untuk menyatakan jenama Peugeot sudah kembali ke negara ini, kami telah meningkatkan kualiti kenderaan ini setanding dengan jenama terkemuka lain.

“Kami juga menawarkan ciri kenderaan sama seperti kenderaan premium yang lain pada harga yang jauh lebih rendah. Harga permulaan bagi model Peugeot 3008 SUV Plus bermula dari RM150,888,” katanya.

Pengimport dan Pengedar tunggal kenderaan Peugeot di negara ini, Nasim Sdn Bhd (Nasim) menyasar untuk menjual 3,000 unit model pemasangan tempatan (CKD) Peugeot 3008 dan 5008 SUV dalam tempoh setahun selepas dilancarkan bulan lalu.

Ketua Pengurusan Produk dan Penyelidikan Pasaran Nasim, Mohamad Redza Azizan berkata pihaknya yakin dapat mencapai sasaran jualan berkenaan bersandarkan kepada maklum balas baik yang diterima daripada pelanggan.

“Mereka gembira dengan pemanduan kereta berkenaan malah sudah ada beberapa kelab kereta model berkenaan ditubuhkan. Selain itu, kami juga mempunyai kempen pemasaran yang akan dijalankan serta rangkaian pengedaran di seluruh negara.

“Apa yang kami mahu berikan adalah produk yang baik dan perkhidmatan yang memuaskan hati pembeli kami. Apabila mereka berpuas hati, mereka akan menyebarkan kebaikan yang ada dan jualan kenderaan juga boleh dijana,” katanya kepada BH selepas sesi pelepasan konvoi kelab kereta Peugeot model 3008 SUV Plus dan 5008 SUV Plus, Lion Phantom Club di sini, hari ini.

Sebanyak 24 kereta menyertai konvoi dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu itu. Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Nik Hamdan Nik Hassan.

Model 3008 SUV Plus dan 5008 SUV Plus yang dilancarkan bulan lalu adalah model pemasangan tempatan sepenuhnya yang dilakukan di kemudahan Naza Automotive Manufacturing di Gurun, Kedah.

Mengulas lanjut, Redza berkata pihaknya berharap kedua-dua model berkenaan dapat menyumbang gabungan sebanyak 70 peratus jualan daripada jumlah kenderaan Peugeot tahun ini.

“Bergerak ke hadapan, banyak perancangan yang kami telah bincangkan antaranya adalah dengan melancarkan sekurang-kurangnya satu model CKD setiap tahun.

“Pada masa ini, kami berbangga untuk menyatakan jenama Peugeot sudah kembali ke negara ini, kami telah meningkatkan kualiti kenderaan ini setanding dengan jenama terkemuka lain.

“Kami juga menawarkan ciri kenderaan sama seperti kenderaan premium yang lain pada harga yang jauh lebih rendah. Harga permulaan bagi model Peugeot 3008 SUV Plus bermula dari RM150,888,” katanya.

Berita Harian X