Rabu, 17 Julai 2019 | 5:02pm
Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd membuka cawangan 3S di Lahad Datu, Sabah.

Persepsi jenama PROTON semakin meningkat

LAHAD DATU: PROTON Holdings Bhd mengukuhkan lagi jenamanya sebagai syarikat automotif mempunyai cawangan 3S/4S paling banyak di Malaysia, sekali gus meningkatkan persepsi jenama kereta nasional itu.

Perancangan menaik taraf cawangan yang berterusan, bermula pada April 2018, telah menghasilkan sebanyak 91 cawangan baharu di dalam rangkaian

syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata adalah jelas bahawa cawangan baharu yang dinaik taraf, ditambah pula dengan strategi peningkatan produk telah menghasilkan penambahbaikan pada persepsi jenama

PROTON dan angka penjualan yang lebih tinggi.

“Kami dapat melihat perubahan pada pilihan pengguna, yang mana PROTON memperoleh populariti dari segi pilihan jenama dan ini telah membawa kepada angka pegangan pasaran sebanyak 18.1 peratus untuk Jun 2019, pencapaian terbaik syarikat sejak Julai 2015,” katanya dalam satu kenyataan.

PROTON, melalui Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd telah membuka satu lagi pusat 3S PROTON di Sabah.

Cawangan baharu berkenaan terletak di Lahad Datu dan yang kedua selepas pusat 3S dibuka oleh Fook Loi di Sandakan tahun lalu.

Cawangan 3S di Lahad Datu ini adalah yang pertama dibuka oleh

pengedar Sabah, menampilkan warna identiti korporat baharu PROTON.

Sebagai sebuah pusat 3S, ia menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat-alat ganti untuk semua jenis kereta Proton.

Kos bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf cawangan baharu ini bernilai kira-kira RM2 juta.

Cawangan 3S baharu Fook Loi akan menyediakan pelanggan dengan pengalaman pemilikan PROTON yang hebat.

Suasana premium dan kawasan menunggu pelanggan yang akan memberikan keselesaan untuk melihat kereta-kereta baharu Proton dan menunggu kereta yang dihantar untuk diservis.

Antara kemudahan yang disediakan untuk pelanggan adalah tempat mengecas komputer riba dan telefon bimbit serta ruangan minuman atau kopi.

Berita Harian X