Jumaat, 8 March 2019 | 5:29pm
Pengedar 3S PROTON pertama di Kluang, Street Car Sdn Bhd.

PROTON miliki 75 cawangan 3S,4S seluruh negara

KLUANG: PROTON Holdings Bhd kini mempunyai 75 cawangan 3S/4S (jualan, servis, alat ganti dan badan dan servis cat) di seluruh negara, sekali gus muncul jenama automotif paling banyak memiliki cawangan 3S/4S di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong, berkata adalah penting mempunyai cawangan 3S/4S yang mencukupi untuk memudahkan pelanggan memenuhi keperluan jualan dan servis mereka.

“Sejak awal, kami sangat jelas bahawa pelanggan kekal sebagai tumpuan utama dalam model perniagaan kami, jadi setiap keputusan yang dibuat adalah untuk memastikan kepuasan optimum pelanggan,” katanya merasmikan cawangan pengedar 3S PROTON yang pertama di sini, Street Car Sdn Bhd (Street Car).

Cawangan itu menampilkan warna Identiti Korporat Syarikat (CI) yang baharu.

Street Car yang telah menjadi pengedar PROTON sejak sembilan tahun yang lalu, memulakan perniagaan sebagai pengedar

cawangan 1S di Johor Bharu.

Untuk mengembangkan lagi perniagaannya bersama PROTON dan untuk memenuhi keperluan pasaran semasa bagi sebuah pusat sehenti, ia mengambil keputusan untuk membuka sebuah cawangan 3S baharu di pusat bandar Kluang.

Cawangan berkenaan bernilai RM3.5 juta, berkeluasan sebesar 827 meter persegi dan dilengkapi dengan Wi-Fi percuma, ruangan minuman, ruang rehat pelanggan, empat petak penyelenggaraan dan empat pengangkat serta ruang parkir luas

yang disediakan untuk pelanggan.

Pengarah Urusan Street Car, Soong Chai Huat, Pengarah Urusan Street Car, berkata keputusan yang diambil untuk membuka cawangan 3S baharu di Kluang adalah satu keputusan yang mudah kerana mempunyai potensi perniagaan yang

besar.

“Sebagai seorang pengedar, saya melihat perubahan positif pelanggan terhadap PROTON sejak pelancaran Proton X70. Ramai yang telah mengulas tentang betapa kagumnya mereka dengan model itu dan bagaimana ciri-ciri

pintar yang dilengkapi pada model itu adalah yang terbaik berbanding mana-mana pesaing yang lain.

“Ini membuatkan Proton X70 telah benar-benar meletakkan jenama itu kembali menarik perhatian dan saya berharap dapat meraih keuntungan dengan kelebihan yang ada,” katanya.

Berita Harian X