Khamis, 24 Januari 2019 | 1:06pm
Presiden UMW Toyota Vios, K. Ravindran (dua dari kiri), Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama (dua dari kanan), Duta Besar Vios Shawn Lee (tiga dari kiri) dan Shukri Yahaya (tiga dari kanan) semasa pelancaran model serba baharu, Toyota Vios di KL City Walk. - Foto Rosela Ismail
Presiden UMW Toyota Vios, K. Ravindran (dua dari kiri), Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama (dua dari kanan), Duta Besar Vios Shawn Lee (tiga dari kiri) dan Shukri Yahaya (tiga dari kanan) semasa pelancaran model serba baharu, Toyota Vios di KL City Walk. - Foto Rosela Ismail

Vios baharu tawar 3 varian yang di naik taraf

KUALA LUMPUR: UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memperkenalkan model serba baharu, Vios untuk pasaran Malaysia.

Model Vios lima tempat duduk generasi ketiga itu ditawarkan dengan tiga varian iaitu J, E dan G dengan harga anggaran masing-masing RM77,200, RM81,200 dan RM87,300.

Presiden UMWT, K Ravindran, berkata model yang mendapat penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP dijangka bakal mendapat sambutan pengguna kerana ia hadir dengan harga yang sama seperti Vios generasi sebelumnya.

"Harga Vios serba baharu ini lebih kurang sama kerana kita mahukan pengguna terus menikmati penjimatan tetapi mempunyai teknologi dan reka bentuk terkini.

"Malah ia akan dipasangkan di kilang baharu UMWT yang mampu mengeluarkan 50,000 unit setahun.

"Untuk pasaran tempatan, Vios baharu dilengkapi enjin empat silinder 1.5L DOHC 16 injap dengan Dual VVT-i bersama transmisi CVT tujuh kelajuan dengan mod Sport Sequential Shiftmatic.

Pelancaran model serba baharu, Toyota Vios di KL City Walk. - Foto Rosela Ismail
Pelancaran model serba baharu, Toyota Vios di KL City Walk. - Foto Rosela Ismail

"Selain menjimatkan, enjin ini mampu menjana 107PS pada 6,000 rpm dan 140Nm tork pada 4,200 rpm," katanya pada pelancaran model Vios serba baharu di sini hari ini.

Sebanyak tiga varian ditawarkan iaitu Vios 1.5J, 1.5E dan 1.5G dengan beberapa ciri yang dinaik taraf berbanding model sama sebelumnya.

Ketiga-tiga model ini menerima tujuh beg udara, Lampu Nyalaan Siang (DRL), Brek Anti-Kekunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD) dan cagak ISOFIX.

Selain itu, ciri standard lain ialah stereng kuasa elektrik (EPS), sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, pendingin hawa automatik dan sensor parkir belakang selain Bantuan Mula Mendaki (HSA) serta sistem peninjau titik buta dan Rear Cross Traffic Allert (RCTA) sebagai ciri standard untuk varian E dan G.

Varian E turut didatangkan bersama lampu belakang LED, lampu kabus, cermin sisi automatik dengan lampu isyarat, stereng pelbagai fungsi dan sistem infotainment DVD-AVX dengan kamera 360 darjah.

Dalam pada itu, varian G pula hadir dengan ruang dalaman balutan kulit, lampu utama projektor, rim 16 inci, filem penapis haba premium, paddle shifter, kluster instrumen Optitron dengan paparan pelbagai maklumat (MID) bersaiz 4.2 inci, enam pembesar suara dan sensor parkir depan.

Ciri keselamatan turut dipertingkatkan bagi varian ini seperti sistem peninjau pandangan panoramik, perakam video digital hadapan (DVR) dengan ciri amaran perlanggaran depan (FCW) dan amaran pertukaran lorong (LDW).

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu biru metalik, merah metalik, hitam, perak dan putih.

Berita Harian X