Isnin, 15 Oktober 2018 | 3:58pm
Logo of Mitsubishi Motors, 15 January 2008, at the North American International Auto Show in Detroit, Michigan. AFP PHOTO/Stan HONDA (Photo credit should read STAN HONDA/AFP/Getty Images)
Logo of Mitsubishi Motors, 15 January 2008, at the North American International Auto Show in Detroit, Michigan. AFP PHOTO/Stan HONDA (Photo credit should read STAN HONDA/AFP/Getty Images)

Mitsubshi catat rekod jualan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, merekodkan jualan separuh pertama tahun kewangan 2018 dari April hingga September 2018 sebanyak 4,788 unit, yang tertinggi dalam sejarah.

Angka itu mengatasi pencapaian yang direkodkan pada separuh tahun sebelumnya dengan peningkatan 66 peratus, pencapaian terbaik sejak 13 tahun MMM beroperasi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tomoyuki Shinnishi, berkata model trak pikap Triton muncul kenderaan paling tinggi dijual pada separuh pertama 2018 sebanyak 3,120 unit, meningkat 68 peratus berbanding 1,855 unit pada separu pertama tahun lalu.

Ia diikuti model kenderaan utiliti sukan (SUV) Outlander yang terjual sebanyak 1,345 pada separuh pertama 2018, meningkat 482 peratus berbanding 231 unit pada separuh pertama 2017.

“Akhir tahun lalu, kami telah memposisikan varian Triton ditawarkan kami bagi memanfaatkan pelanggan kami yang bukan saja dari segi kawalan, prestasi dan keselamatan, tetapi juga untuk menawarkan harga mampu milik bagi memenuhi segmen pelanggan yang berbeza.

“Hasil jualan positif juga banyak dipacu oleh tempoh cuti cukai dari Jun hingga Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shinnishi berkata, pihaknya juga berbesar hati untuk berkongsi yang Triton masih dan satu-satunya trak pikap yang menawarkan jaminan lima tahun atau perbatuan sehingga 200,000 kilometer.

“Ini bermakna pelanggan kami akan dapat mengembara dengan lebih perbatuan dengan ketenangan minda,” katanya.

Mengenai prestasi jualan menggalakkan Outlander, beliau berkata, ia disumbangkan khususnya oleh pengenalan model pemasangan tempatan SUV itu pada September 2017, yang mencerminkan nilai tawaran harga yang ketara dan kesan tempoh cuti cukai.

Berita Harian X