Isnin, 24 September 2018 | 5:56pm
Empat model utama dan tertinggi Mercedes-Benz di NZ Wheels Bangsar Autohaus. Foto - NZ Wheels
Empat model utama dan tertinggi Mercedes-Benz di NZ Wheels Bangsar Autohaus. Foto - NZ Wheels

Kenderaan mewah dan berprestasi tinggi di Autohaus Bangsar

KUALA LUMPUR: NZ Wheels Sdn Bhd, pengimport tunggal dan pengedar Mercedes-Benz diimport sepenuhnya (CBU) di negara ini, mempersembahkan empat model utama dan tertinggi Mercedes-Benz di NZ Wheels Bangsar Autohaus.

Pada acara ekslusif untuk pelanggan yang dinamakan ‘The Ultimate Luxury and Performance’ itu, NZ Wheels menampilkan model Mercedes-Maybach S560 dan Mercedes-Benz S450L yang mewah, Mercedes-Benz CLS 450 yang ikonik dan model berprestasi tinggi Mercedes-AMG GT C.

Selain berpeluang untuk melihat secara dekat dan peribadi kereta Mercedes-Benz yang mengagumkan itu, tetamu juga dihiburkan dengan persembahan kugiran.

NZ Wheels Bangsar Autohaus yang dibuka secara rasmi pada 2013 adalah kemudahan yang pertama memenuhi piawaian bilik pameran 1S Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) di negara ini dan Pusat Penyelesaian Korporat pertama untuk Mercedes-Benz di Asia Tenggara.

Ia juga menempatkan Pusat Prestasi AMG yang pertama di Malaysia yang mana ia menampilkan Sudut AMG pertama di Malaysia untuk peminat permotoran mengalami dan memahami maksud tanda nama AMG yang sebenarnya.

Ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai anak syarikat persendirian, NZ Wheels mempunyai hak penjual dan francais untuk jenama Mercedes-Benz.

Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Syarikat NAZA, NZ Wheels kini bukan sahaja beroperasi di Bangsar, tetapi juga sudah mengembangkan perniagaan ke Kuantan, Johor Bahru dan Labuan.

Berita Harian X