Khamis, 6 September 2018 | 7:02pm
PEMBUKAAN rasmi SC Premium Bikes Sdn Bhd oleh (dari kiri) Persatuan Peniaga-Peniaga, Wee Hong, Pengarah Madam Lim Siew Yan, Pengarah Urusan, Chua Chern Kwang, Pengurus Besar dan Pengarah Kawasaki Motors Malaysia, Datuk Jeffrey Lim dan Pengarah Kawasaki Malaysia, Ahmad Faez Yahya di Bandar Sunway - Foto Amirudin Sahib
SC Premium Bikes memperuntukkan lebih RM1 juta untuk pembukaan ruang pameran eksklusif Kawasaki GT World Ninja dan Pusat Servis Eksklusif Kawasaki (KESC) baharu. - Foto Amirudin Sahib

Ruang pameran eksklusif Kawasaki

PETALING JAYA: Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) pengedar utama motosikal jenama Kawasaki di Malaysia melalui pengedarnya SC Premium Bikes memperuntukkan lebih RM1 juta untuk pembukaan ruang pameran eksklusif Kawasaki GT World Ninja dan Pusat Servis Eksklusif Kawasaki (KESC) baharu.

Pengurus Besarnya, Datuk Jeffrey Lim, berkata sehingga hujung tahun ini pihaknya menyasarkan untuk membuka sebuah lagi pusat pameran berkonsepkan butik dan premium seperti ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11 ruang pameran di seluruh negara.

“Pusat jualan dan servis ini penting untuk mengangkat jenama Kawasaki ke tahap yang lebih tinggi dalam menyediakan produk dan khidmat selepas jualan terbaik kepada pengguna di Malaysia,” katanya ketika perasmian di sini, hari ini.

Kedai konsep butik berkeluasan 9,000 kaki persegi itu menempatkan ruang pameran motosikal, jualan barangan cenderahati Kawasaki dan pusat servis termaju yang dilengkapi mesin ‘dyno’ untuk talaan prestasi enjin motosikal.

Ia dibuka enam hari seminggu menyediakan lima mekanik berpengalaman dengan empat pekerja jualan untuk kelancaran operasi ruang pameran premis berteknologi hijau dan mesra alam yang dijana kuasa solar.

Menyentuh mengenai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Lim berkata, motosikal di bawah 250 cc menyumbang sebanyak 25 peratus jualan keseluruhan Kawasaki tidak mengalami perubahan harga kerana dikecualikan daripada cukai itu.

Namun, untuk model berkuasa lebih tinggi, terdapat peningkatan harga sekitar dua hingga tiga peratus.

Berita Harian X