Isnin, 27 Ogos 2018 | 7:35pm
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, Dr Claus Weidner (dua kanan) bersalam dengan Pengarah Urusan Asbenz Stern Sdn Bhd, C. K Goh pada pelancaran Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus dan Pusat Servis di Batu 3, Kuantan-Gambang. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Mercedes-Benz Malaysia perkukuh kehadiran di Kuantan

KUANTAN: Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar, Asbenz Stern Sdn Bhd (Asbenz Stern) meneruskan kerjasama dengan melancarkan autohaus pertama di Kuantan, Pahang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Claus Weidner, berkata pelancaran Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus itu juga adalah sebagai inisiatif mengukuhkan kedudukan jenama premium berkenaan di Pantai Timur Semenanjung selepas kehadirannya di Kelantan dan Terengganu.

"Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus mencerminkan komitmen kami terhadap pelanggan di wilayah ini.

"Usaha sama antara MBM dan Asbenz Motors Sdn Bhd bermula sejak 2004 dengan pelancaran Autohaus pertama kami yang menawarkan perkhidmatan pelanggan dan jualan di Sungai Petani, Kedah.

"Sehingga kini, MBM dan Asbenz Stern sudah melabur kira-kira RM5 juta dalam pembangunan Autohaus dan Pusat Servis di Kuantan," katanya kepada NSTP pada majlis pelancaran Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus, di sini, hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, Dr Claus Weidner (kanan) bersama Pengarah Urusan Asbenz Stern Sdn Bhd, C. K Goh melihat proses service selepas Majlis pelancaran Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus dan Pusat Servis di Batu 3, Kuantan-Gambang. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Tambah beliau, dengan penambahan Autohaus terbaharu itu, MBM kini mempunyai 34 Autohaus di seluruh negara.

Sementara itu, Pengarah Urusan Asbenz Motors, Goh Chuan Kiong, berkata Pusat Servis dan Autohaus Asbenz Stern yang mempunyai keluasan 13,496 dan 3,860 kaki persegi itu dbina dengan konsep Autohaus Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) serta Identiti Korporat (CI) terbaharu.

"Pusat servis kami dilengkapi dengan 10 tapak penyelenggaraan dan pemeriksaan, memberikannya kemampuan untuk khidmat servis sehingga 250 kenderaan sebulan.

"Asbenz Stern sasar untuk menguasai pasaran di Kuantan dan mengukuhkan jenama Mercedes-Benz di Pantai Timur," katanya.

Berita Harian X