X
Jumaat, 13 Julai 2018 | 3:09pm
MINI Malaysia, Kidd Yam (kiri) bersama Ketua Komunikasi Korporat BMW, Sashi Ambi pada majlis pelancaran model MINI di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sairien Nafis
MINI Malaysia, Kidd Yam (kiri) bersama Ketua Komunikasi Korporat BMW, Sashi Ambi pada majlis pelancaran model MINI di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sairien Nafis

MINI Malaysia perkenal 3 varian

KUALA LUMPUR: MINI Malaysia memperkenalkan tiga varian MINI Cooper baharu untuk pasaran Malaysia.

Tiga varian berkenaan ada MINI Cooper S tiga pintu dan lima pintu baharu serta MINI John Cooper Works yang ditawarkan dengan enjin dan transmisi terkini daripada BMW Group yang patuh standard Euro 6c.

Ketiga-tiga varian ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM226,888 bagi MINI Cooper S, RM236,888 (MINI Cooper S lima pintu) dan RM283,888 (MINI John Cooper Works).

Ketua MINI Malaysia, Kidd Yam, berkata sejak MINI generasi ketiga diperkenalkan pada tahun 2014, ia berjaya dijual lebih 1,500 unit di Malaysia.

"Rakyat Malaysia sememangnya menggemari keghairahan pemanduan ala go-kart yang menjadi ciri utama MINI dengan penambahbaikan model yang dibangunkan menerusi reka bentuk kompak premium jentera ikonik," katanya selepas melancarkan model MINI di sini, hari ini.

MINI Cooper S tiga pintu dan lima pintu dikuasakan enjin Turbo TwinPower 2.0 liter empat silinder yang menjana 192 kuasa kuda (hp) dan tork 280Nm.

MINI John Cooper mendapat sentuhan istimewa meskipun menggunakan rangkaian kuasa sama tetapi mampu menghambur kuasa 231 hp dan tork 320Nm.

Berita Harian X