X
Ahad, 22 April 2018 | 8:00am
PENAMPILAN serba boleh untuk keselesaan. - Foto Rohanis Shukri
PENAMPILAN serba boleh untuk keselesaan. - Foto Rohanis Shukri

Countryman Plug-In Hybrid gaya elektro

MINI Malaysia memperkenalkan MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaru, iaitu variasi Plug-In Hybrid pertama bagi jenis Kenderaan Sports Activity (SAV) daripada pengeluar jenama automotif premium bagi kenderaan kompak itu.

MINI adalah perintis dalam mobiliti elektro dengan pengalaman lebih sedekad dalam penyelidikan melalui MINI E yang diuji dari perspektif kelakuan pengguna dan mobiliti.

Keghairahan MINI Countryman Plug-In Hybrid ini turut dilengkapi dengan kit badan ALL4, 19 inci Yours Masterpiece MINI, selain daripada pot pengecas di bawah kelepak di kekatup sisi bahagian kiri.

Rekaan dalaman pula menampilkan kemasan roda stereng kulit Yours WALKnappa MINI. Butiran rekaan dalaman ini turut diterjemahkan dengan ketelitian sulaman bersilang berwarna aluminium.

Paparan skrin sesentuh 6.5 inci beresolusi tinggi di bahagian kelompok instrumen dilengkapi dengan teknologi canggih terkini dan memberikan kawalan navigasi menyeluruh di hujung jari pemandu.

Skrin sesentuh

Teknologi skrin sesentuh boleh mengesan sentuhan berbilang dengan fungsi pinch-to-zoom untuk akses peta dan penaipan.

MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaru juga turut dilengkapi dengan butang eDrive untuk memberi pilihan mod pemanduan elektrik kepada pemandu seperti: mod standard AUTO eDrive, mod MAX eDrive yang berteraskan elektrik sepenuhnya, dan mod SAVE BATTERY untuk mengekalkan status pengecasan bateri bervoltan tinggi pada tahap yang malar.

MINI Countryman Plug-In Hybrid ini memberikan pemanduan tayar hadapan dengan enjin petrol secara efektif, begitu juga dengan pacuan tayar belakang yang dijana oleh motor elektrik.

Didatangkan dengan transmisi 6-kelajuan automatik, MINI ini berkeupayaan untuk menjana 224 kuasa kuda (hp) dan tork mencecah 385Nm lalu menjadikan model ini yang paling kilas.

Model ini berupaya untuk memecut sepantas 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6.8 saat dengan potensi kelajuan maksimum sehingga 198 km/j dengan penggunaan petrol yang rendah iaitu purata 2.1 liter bagi setiap 100 kilometer (km).

Pakej ChargeNow

Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan julat pemanduan elektrik penuh sejauh 42 km dengan kelajuan maksimum 120 km/j.

Untuk menghargai pemilik-pemilik model MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaharu ini, MINI Malaysia turut memperkenalkan pakej ChargeNow bersertakan MINI Public Charging Cables.

Semua ini didatangi dengan 1 tahun langganan percuma untuk pengecasan tanpa had di mana-mana 270 stesen ChargeEV.

Harga jualan (atas jalan untuk pendaftaran individu tanpa insuran) bagi MINI Countryman terbaharu dengan jaminan perbatuan tanpa had selama empat tahun yang disertakan servis berjadual percuma adalah RM255,888.

Berita Harian X