Selasa, 27 Februari 2018 | 4:11pm
ESPERANCE Motors umum bakal tambah cawangan pusat 3S.
ESPERANCE Motors umum bakal tambah cawangan pusat 3S.

Mitsubishi Motors lancar bilik pameran baharu

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, bersama pengedar sah Esperance Motors baru-baru ini merasmikan pembukaan cawangan Pusat 3S pertamanya di Sungai Buloh, Selangor.

Pusat 3S itu terletak di Lot 26, Jalan LGSB 1/2, Pusat Komersial LGSB, Off Jalan Hospital, Sungai Buloh.

Bilik pameran kedua bakal dibuka

Pada majlis pelancaran itu, Esperance Motors turut mengumumkan bahawa syarikat itu bakal membuka cawangan bilik pameran keduanya menjelang suku kedua tahun ini.

"Kami bakal membuka cawangan kedua di Rawang. Pusat 3S itu akan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun.

"Ia akan menjadi cawangan yang lebih besar yang mempunyai enam ruang penyelenggaraan," katanya.

Sempena pelancaran itu, Esperance Motors turut memperkenalkan dan mempamerkan model Outlander dan Triton Athlete yang baru saja dilancarkan sebelum ini.

Perkukuh jenama Mitsubishi di Malaysia

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, berkata kerjasama Esperance Motors dan Mitsubishi Motors diyakini akan memperkukuhkan jenama Mitsubishi di negara ini serta meluaskan kuasa pasaran sekitar Lembah Klang.

MMM kini mempunyai 55 cawangan bilik pameran yang mana 48 daripadanya adalah pusat 3S dan 54 cawangan perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Di Sabah dan Sarawak, MMM mempunyai 14 cawangan bilik cawangan masing-masing enam di Sarawak dan lapan di Sabah.

INFO
Bilik Pameran MMM

- Terletak di Lot 26, Jalan LGSB 1/2, Pusat Komersial LGSB, Off Jalan Hospital, Sungai Buloh.

Berita Harian X