Selasa, 26 Disember 2017 | 2:58pm
PENGURUS Besar G-Car Manufacturer Sdn. Bhd, Sazaimah Sai'on (tengah), bersama kakitangan bersama minyak engin Go Auto keluaran syarikat. - Foto Saifullizan Tamadi
PENGURUS Besar G-Car Manufacturer Sdn. Bhd, Sazaimah Sai'on (tengah), bersama kakitangan bersama minyak engin Go Auto keluaran syarikat. - Foto Saifullizan Tamadi

G-Car tawar servis RM198

G-CAR Manufacturer Sdn Bhd (G-Car Auto Garage), anak syarikat di bawah Go Auto menawarkan promosi perkhidmatan servis kenderaan serendah RM198.

Tawaran yang berakhir 30 Disember ini merangkumi penukaran minyak enjin sintetik penuh dan penapis minyak serta upah.

Pengurus Besarnya, Sazaimah Sai'on berkata, promosi serendah RM198 bertujuan memperkenalkan bengkel baharu G-Car Auto Garage di Shah Alam dan minyak enjin keluaran Go Auto.

"Apa yang menarik, kebanyakkan operasi G-Car Auto Garage diterajui oleh wanita termasuklah  menawarkan perkhidmatan ambil dan hantar kenderaan ke pejabat mahupun rumah.

"Promosi itu juga membolehkan pelanggan memperolehi pakej servis asas murah dari pasaran luar merangkumi minyak hitam sintetik penuh dan penapis minyak termasuk upah servis," katanya.

Minyak enjin terbaik 

Mengulas mengenai kelebihan minyak enjin sintetik penuh SAE 5W 40 Go Auto, Sazaimah berkata minyak pelincir berkenaan menjadikan enjin kenderaan lebih bersih dan memberi pelindungan terbaik kepada jentera.

Katanya, minyak enjin terbabit memberikan aliran yang baik pada suhu rendah dan melindungi enjin pada suhu tinggi dan komponen pengecas turbo yang kritikal.

"Minyak enjin Go Auto disyorkan untuk kenderaan enjin petrol selain diformulasikan dengan adatif anti geseran yang menyumbang kepada penjimatan bahan api dan perbatuan sejauh 15,000 kilometer.

"Minyak enjin ini juga adalah minyak pelincir rasmi bagi kenderaan Haval yang turut mendapat penarafan daripada Institut Petroleum Amerika (API) SN/CF iaitu standard tinggi untuk kenderaan penumpang dan diesel.

"Ia sesuai untuk semua kenderaan. Jadi, ini masa terbaik untuk mencuba minyak enjin dan servis terbaik daripada warga kerja G-Car Auto Garage," katanya.

Info:
Pakej servis biasa G-Car Auto Garage

Berita Harian X