Sabtu, 16 September 2017 | 2:00pm
BMW R nineT. - Foto Fariz Iswadi Ismail
BMW R nineT. - Foto Fariz Iswadi Ismail
BMW R nineT. - Foto Fariz Iswadi Ismail
BMW R nineT. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Model klasik kasual menawan

BMW R nineT Selesa, mudah dikawal dengan enjin prestasi tinggi. - Foto Fariz Iswadi Ismail
BMW R nineT Selesa, mudah dikawal dengan enjin prestasi tinggi. - Foto Fariz Iswadi Ismail

SEBAGAI peminat jentera beroda dua, penulis percaya motosikal adalah lebih daripada komponen dan peralatan yang dipasang bagi membentuk sesebuah model. Bagi model tertentu, ia seolah-olah menyala api dalam sanubari si penunggang.

Model sebegitu, boleh menghantui jiwa menjadikan setiap perjalanan sesuatu yang istimewa sehingga anda seperti 'ketagih' untuk menunggang walaupun hanya ke kedai runcit berhampiran rumah. Itulah rasanya ketika BH Auto berpeluang menunggang uji model roadster heritage BMW R nineT, yang dilancarkan BMW Motorrad Malaysia pada April lalu.

Dari segi penampilan R nineT menyerlahkan intipati pembuatan motosikal BMW Motorrad selama lebih 90 tahun, dengan konsep unik melalui reka bentuk klasik ringkas, namun tidak bertolak-ansur dari segi aspek teknikalnya.

R nineT dilengkapi meter berkembar dengan skrin LCD yang memaparkan maklumat penting seperti masa, kedudukan gear, baki jarak, jarak perjalanan, selang servis, purata kelajuan dan penggunaan bahan api.

Rupa bentuk R nineT walaupun kasual, namun ia tampak menawan dari pelbagai sudut sehinggakan individu yang bukan peminat motosikal juga menyapa bertanyakan mengenai model ketika ini ketika penulis berhenti di kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) Lebuh raya PLUS.

Motosikal BMW sememangnya terkenal dengan enjin boxer sejak 90 tahun lalu. Enjin penyejukan udara/minyak, dua silinder berkapasiti 1,170cc dengan tumbukan tork ke tepi pada R nineT ini menghasilkan getaran yang mengujakan sebaik sahaja pendikitnya dipulas.

Dengan kuasa sehingga 110hp dan tork maksimum 116Nm, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, R nineT berupaya memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam (kmj) dalam masa 2.9 saat. Kelajuan maksimum pula adalah sekitar 220 kmj. Penghantaran kuasanya amat dinamik meskipun pada kelajuan rendah.

BMW R nineT. - Foto Fariz Iswadi Ismail
BMW R nineT. - Foto Fariz Iswadi Ismail

BMW R nineT. - Foto Fariz Iswadi Ismail
BMW R nineT. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Dari segi kedudukan tunggangan yang menegak, selain daripada sudut tempat duduk, hendal dan tempat rehat kaki yang berada pada kedudukan yang tepat, ia menghasilkan keselesaan kepada penunggang. Kuasa henti juga baik susulan cakera depan yang besar 320 mm dan kaliper Brembo Monobloc dengan sistem ABS yang mantap.

Kesimpulan R nineT amat seronok ditunggang dan paling menarik keunggulan model tidak hanya terhenti sebaik sahaja anda mematikan enjin. Ia model yang wajar dipertimbangkan oleh peminat motosikal kasual dan retro roadster yang menawarkan cita rasa heritage, rupa bentuk menawan, kualiti serta perincian kejuruteraan yang tinggi dan prestasi yang mengujakan.

Spesifikasi:

Harga runcit (termasuk GST): RM101,900

Engine: Boxer 1,170cc sejukan cecair; 4-lejang

Kuasa: 110 hp pada rpm 7,550

Tork: 119 Nm pada rpm 6.000

Kelajuan: 220 km/j

Klac: Plet kering tunggal

Brek hadapan: Cakera berkembar 320 mm, 4-piston ABS

Brek belakang: Cakeraq tunggal 265 mm, 2-piston kaliper terapung ABS

Ketinggian: 805 mm

Berat: 208 kg

Kapasiti tangki: 18 liter

Kapasiti rizab: 3 liter

PECUTAN 0-100 kmj dalam masa 2.9 saat. - Foto Fariz Iswadi Ismail
PECUTAN 0-100 kmj dalam masa 2.9 saat. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Berita Harian X