Isnin, 31 Julai 2017 | 1:18pm
TRIUMPH Triple RS 765. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Tunggang uji: Triump Street Triple RS

TRIUMPH Triple RS 765. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
TRIUMPH Triple RS 765. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Triumph pastinya memberi perhatian yang luar biasa dalam membangunkan model terbaharu Street Triple RS.

Ia umpama sebuah karya agung yang berfungsi sempurna selaras dengan casis dan alat elektronik baharu yang dipadankan dengan pelbagai komponen premium.

BH Auto pernah menunggang uji model sebelumnya iaitu Street Triple 675cc, yang dirasakan amat mengasyikkan dan sukar ditiru pengeluar motosikal lain.

Berdasarkan tunggang uji kali ini BH Auto merumuskan versi baharu 765cc ini sebuah motosikal yang sangat istimewa dan berbaloi dimiliki.

Pengalaman menunggang uji model ini, paling terkesan adalah ia ringan (hanya 166 kilogram) dan amat mudah dikawal, justeru menghasilkan tunggangan yang berkualiti dan menyeronokkan.

Hampir tiada langsung kelemahan pada Street Triple RS ini. Setiap komponen, daripada enjin kepada elektronik, tayar dan casis, berfungsi sempurna dan harmoni.

Klac 'slip-assist' baharu pada model ini membuat genggaman tuilnya yang lembut. Kotak gear yang dibangunkan semula Triumph pula menjadikan setiap pertukaran gear yang amat tepat seumpama teknologi perlumbaan.

Lebih mengujakan 'quickshifter' membolehkan penukaran kelajuan ketika memecut dibuat dengan lebih pantas dan bersahaja. Dalam pada itu, teknologi 'ride-by-wire' amat responsif.

Turut membantu mengekalkan kestabilannya adalah fork piston Showa yang bersaiz besar dan penyerap hentakan belakang Ohlins.

Ia sekali gus membolehkan pengambilan selekoh dibuat dengan lebih mudah dan meyakinkan.

Dari segi kuasa, penghasilan enjin triple silinder atau tiga silinder sebaris, sememangnya adalah kepakaran Triumph.

Model terbaharu ini mampu menjanakan kuasa maksimum 121 hp pada rpm 11,700 dan daya kilas 77 nm pada rpm 10,800.

Enjin ini mampu menghantar kuasa dalam apa juga situasi tunggangan sama ada di jalan lurus mahupun selekoh.

Ia juga menghasilkan pecutan yang amat serius, selain daripada bunyi yang agak unik. Amat versatil untuk digunakan di jalan raya dan juga di atas trek.

Street Triple RS dilengkapi pakej elektronik penuh, termasuk lima mod tunggangan (Road, Rain, Sport, Track dan Programmable Rider Mode).

Ia adalah pemetaan berlainan dengan pelbagai peringkat daya cengkaman serta intervensi ABS. Tayar hadapan tidak langsung akan terangkat (wheelie), yang boleh menghilangkan cengkaman, selagi semua mod tunggangan itu tidak dimatikan.

Pada kokpit pula, paparan meter kelajuan adalah lima inci LCD TFT pelbagai fungsi, yang mana tampak mewah seperti motosikal perlumbaan spesifikasi tinggi.

Latar belakang paparan, mod serta pelbagai petunjuk tunggangan boleh diubah dengan mudah menggunakan butang pada hendal.

Kesimpulannya, Street Triple RS 765 adalah model 600-900cc terbaik yang pernah penulis uji setakat ini.

Ia antara model baharu yang amat berbaloi dimiliki pada harga asas termasuk GST hanya RM66,900, jika mengambil kira versatiliti, enjin berkuasa, pelbagai komponen premium serta pakej penuh elektronik.

Spesifikasi:

Enjin: 3 silinder sebaris 765cc; 12 injap; sejukan cecair

Kuasa: 121hp @ 11,700 rpm

Tork: 77nm @ 10,800 rpm

Kotak gear: 6 kelajuan

Kapasiti tangki: 17.4 liter

Ketinggian: 825 mm

Berat: 166 kg

Klac: Basah, slip-assisted

Suspensi hadapan: 41mm Showa Big Piston boleh laras

Suspensi belakang: Single Ohlins boleh laras

Brek hadapan: Brembo M50 4-piston, cakera terapung, ABS

Brek belakang: Brembo single piston, ABS

Guna petrol: 4.7 liter / 100 km

Tayar hadapan: 120/70ZR17 Pirelli Diablo Super Corsa SP

Tayar belakang: 180/55ZR17 Pirelli Diablo Super Corsa SP

Berita Harian X