Isnin, 29 Mei 2017 | 7:30am

MBM, HSS lancar Autohaus kelapan

WEIDNER (kiri) bersama Behrend ketika melancarkan Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus di Klang, Selangor, baru-baru ini.
WEIDNER (kiri) bersama Behrend ketika melancarkan Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus di Klang, Selangor, baru-baru ini.

MERCEDES-BENZ Malaysia Sdn Bhd (MBM) dan pengedar sah Hap Seng Star (HSS) meneruskan komitmen kerjasamanya apabila melancarkan Autohaus kelapannya di Malaysia.

Dengan pelaburan bernilai RM3.6 juta, Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus (HSS Bukit Tinggi) menjadi sebahagian daripada pelaburan berterusan Hap Seng Star bernilai RM184 juta bagi mengembangkan pusat pelanggan di seluruh negara.

"MBM meraikan satu lagi pencapaian bermakna dalam meningkatkan kerjasama dengan Hap Seng Star menerusi pelancaran HSS Bukit Tinggi Autohaus.

"Dalam usaha menyampaikan 'Best or Nothing', kami akan terus memperkasakan perkhidmatan dan pusat pelanggan bagi memastikan pelanggan menerima perkhidmatan selepas jualan terbaik daripada kami.

"Sebagai peneraju dalam jenama automotif premium, kami akan memberi tumpuan menyampaikan produk, perkhidmatan dan pengalaman terbaik pelanggan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner.

HSS Bukit Tinggi terletak di lokasi strategik dengan akses terbaik kepada pelanggan di Klang dan Banting.

Autohaus berkenaan yang juga Pusat 3S baharu, mampu mempamerkan enam kenderaan dan memiliki 29 staf yang bertugas di bahagian jualan, servis teknikal dan alat ganti.

HSS Bukit Tinggi memiliki lapan ruang kerja yang berupaya menyelenggara 450 kenderaan sebulan, sejajar dengan peningkatan keperluan servis pelanggan di kawasan berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi Hap Seng Consolidated Bhd yang juga Ketua Eksekutif Hap Seng Star, Harald Behrend berkata: "Pendekatan HSS untuk kecemerlangan adalah sebahagian daripada komitmen kami dalam menyediakan pengalaman mewah eksklusif kepada pelanggan selaras dengan jenama Mercedes-Benz."

Info:
Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus

  • Autohaus ke-8 Hap Seng
  • Pelaburan RM3.6 juta
  • Miliki 8 ruang kerja
  • Mampu menyelenggara 450 kenderaan sebulan
Berita Harian X