Jumaat, 16 September 2016 | 9:38pm

Fiat panggil semula 1.9 juta kenderaan

Fiat Chrysler Automobiles NV memanggil semula 1.9 juta kenderaannya di seluruh dunia. - Foto EPA
Fiat Chrysler Automobiles NV memanggil semula 1.9 juta kenderaannya di seluruh dunia. - Foto EPA

WASHINGTON: Fiat Chrysler Automobiles NV memanggil semula 1.9 juta kenderaannya di seluruh dunia berikutan kecacatan pada beg udara yang dikaitkan dengan tiga kematian dan lima kecederaan.

Ia adalah siri terkini panggilan semula besar-besaran membabitkan beg udara kerana industri auto bergelut dengan pelbagai masalah, dari pengepam beg udara tidak stabil hingga ke perisian yang tidak betul.

Panggilan semula Fiat Chrysler membabitkan kegagalan penggunaan beg udara dan tali pinggang keledar tidak berfungsi dengan baik dalam beberapa kemalangan.

Syarikat itu menjejaskan, 1.4 juta kenderaannya dijual di Amerika Syarikat (AS) antara 2010 dan 2014, termasuk Chrysler Sebring, 200, Dodge Caliber, Avenger, Jeep Patriot dan Compass SUV.

"Terdapat keadaan yang terlalu sensitif ketika ini dalam industri terhadap keselamatan kenderaan," kata Scott Upham dari Valient Market Research.

Pengeluar kereta terus membetulkan perisian beg udara. Terdapat "garis tipis' antara memberitahu beg udara bila untuk berfungsi atau tidak dalam sesetengah keadaan, katanya.

Minggu lalu, General Motors Co akan memanggil semula hampir 4.3 juta kenderaan di seluruh dunia kerana kecacatan perisian yang boleh menghalang beg udara dari berfungsi, satu kegagalan beg udara yang dikaitkan dengan satu kematian dan tiga kecederaan.

Kecacatan yang sama tetapi tidak serupa dengan isu Fiat Chrysler.

Fiat Chrysler berkata, masalah itu berlaku apabila kenderaan yang dilengkapi modul kawalan tertentu dan khusus pendawaian sensor impak bahagian depan, terbabit dalam perlanggaran.

GM menambah, panggilan semula model kenderaannya berikutan modul yang mengawal pelancaran beg udara mempunyai kecacatan perisian yang boleh menghalang beg udara hadapan daripada berfungsi sepenuhnya dalam keadaan tertentu yang jarang berlaku.

Fiat Chrysler berkata, ia tidak lagi menggunakan pengawal kekangan penumpang atau reka bentuk penghalaan wayar.

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan bila panggilan semula untuk pembaikan, yang mana jurucakap, Eric Mayne berkata, pengeluar kereta sedang memuktamadkannya.

Pengeluar kereta dan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) bergelut dengan pelbagai isu penarikan balik. - Reuters

Info:

* Pada Februari, Continental Automotive Systems membekalkan unit beg udara berpotensi mempunyai kecacatan kepada lima juta kenderaan yang dikeluarkan dalam tempoh lima tahun.

* Pada Ogos, NHTSA menaik taraf dan mengembangkan siasatan lebih lapan juta pengepam beg udara yang dibuat oleh ARC Automotive Inc selepas pemandu terbunuh di Kanada apabila pengepam pecah dalam kenderaan Hyundai Motor Co

* Pada Mei, pembuat kereta memanggil semula lagi 35 juta hingga 40 juta pengepam beg udara Takata Corp

* Lebih 100 juta pengepam di seluruh dunia dianggap mempunyai kecacatan dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 14 kematian dan 100 kecederaan

* Pada Julai 2015, NHTSA mendenda Fiat Chrysler AS$105 juta bagi pengendalian yang tidak betul hampir 24 kempen memanggil semula membabitkan 11 juta kenderaan

* Pada Disember, NHTSA secara berasingan mendenda pengeluar kereta AS$70 juta kerana gagal melaporkan kematian kemalangan kenderaan dan kecederaan sejak tahun 2003

Berita Harian X