X
Rabu, 17 Ogos 2016 | 8:15pm

Suzuki tutup kilang pemasangan motosikal di Malaysia

TOKYO: Suzuki Motor mengambil keputusan menutup kilang pemasangan motosikal di Malaysia berikutan permintaan yang semakin berkurangan.

Susulan penutupan kilang itu, model motosikal Suzuki akan dieksport terus dari Jepun, menurut laporan Nikkei Asian Review.

Pengeluar Jepun itu mengumpulkan semua model skuter dan model lain di kilang berkenaan dengan pemasangan bahagian asas lain diperoleh dari lokasi lain.

Bagaimanapun, pengeluaran tahunan kilang itu hampir separuh kepada kira-kira 8,000 unit pada tahun fiskal 2015, berbanding tahun fiskal 2013.

Usaha untuk meningkatkan kecekapan hampir berhasil meskipun dengan kemudahan yang terhad. Justeru, syarikat berkenaan memutuskan untuk memberi tumpuan kepada mengeksport model terus dari Jepun.

Suzuki merancang pemasangan 1.44 juta motosikal pada tahun fiskal 2016 dan syarikat itu berusaha untuk meningkatkan jualan di Asia, walaupun keuntungannya masih rendah.

Berita Harian X