Sabtu, 18 March 2017 | 12:04am
AYAM di masak dalam buluh, Restoran Tiang Besar, Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak. - Foto Rohanis Abdul Shukri
AYAM di masak dalam buluh, Restoran Tiang Besar, Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak. - Foto Rohanis Abdul Shukri

Menikmati ayam pangsuh di kaki Gunung Kenderung

PEMILIK Restoran Tiang Besar, Mohd Jamil Yusof menyediakan nasi dimasak dalam buluh di Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak. - Foto Rohanis Abdul Shukri
PEMILIK Restoran Tiang Besar, Mohd Jamil Yusof menyediakan nasi dimasak dalam buluh di Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak. - Foto Rohanis Abdul Shukri

BUKAN saja makanan yang ditawarkan sedap, tetapi pemandangan di sekitar restoran ini juga cukup menyenangkan.

Tenang dan mendamaikan ketika hidangan nasi dalam buluh, ayam pangsuh, daging masak hitam, gulai kari daging umbut pisang, kerabu umbut bayas cecah air lawa dan banyak lagi.

Andai diletakkan satu meja memang mampu mengundang nikmat tidak terkata. Apatah lagi dinikmati di restoran dikelilingi panorama alam menakjubkan berlatar belakangkan gunung, lembah dan sungai.

Inilah kelebihan dan keistimewaan Restoran Tiang Besar (RTB) di Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak.

PEMILIK Restoran Tiang Besar, Mohd Jamil Yusof menyediakan nasi dimasak dalam buluh di Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak. - Foto Rohanis Abdul Shukri
PEMILIK Restoran Tiang Besar, Mohd Jamil Yusof menyediakan nasi dimasak dalam buluh di Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak. - Foto Rohanis Abdul Shukri

Nasi lemang, ayam pangsuh

Menawarkan lebih 10 jenis masakan kampung namun popular dalam kalangan masyarakat setempat adalah nasi lemang dan ayam pangsuh.

Pemiliknya, Mohd Jamil Yusof berkata, selain perlu dimasak dalam buluh, dua sajian itu mengambil masa yang lama iaitu dua jam untuk disediakan,.

"Nasi lemang dibalut dengan daun lirik sebelum dibakar. Resipi ayam pangsuh pula menggabungkan daun pucuk ubi, daun sup iban, pucuk paku, bawang, serai dan halia.

"Selepas bahan-bahan itu digaul sebati, ia diperap selama 15 minit sebelum dimasukkan dalam buluh dan dibakar selama dua jam," katanya.

Restoran ini turut menjadi tumpuan penggemar daging masak hitam yang dimasak mengikut resipi asli masakan kampung.

HIDANGAN nasi buluh, ayam bakar, gulai ikan baung, ikan bakar serta ulam ulaman disediakan di Restoran Tiang Besar, Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak. - Foto Rohanis Abdul Shukri
HIDANGAN nasi buluh, ayam bakar, gulai ikan baung, ikan bakar serta ulam ulaman disediakan di Restoran Tiang Besar, Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak. - Foto Rohanis Abdul Shukri

Ikan Tasik Banding

Menu ikan bakar menyajikan kesegaran ikan sungai daripada spesis tenggalan, tengas, siakap, kerapu, kelah dan sebagainya yang lazimnya dicicah bersama air asam.

Menurut Mohd Jamil harga hidangan bergantung kepada berat dan spesies ikan namun katanya, kelah antara yang mahal iaitu menawarkan harga tidak kurang RM100 bagi sekilogram. "Air lawa antara menu tradisi popular menawarkan rasa lemak manis menerusi ramuan santan, daun kesum, serai, cabai kecil yang dikisar hingga halus. Selepas itu, dimasukkan pula kerisik bagi memberikan rasa lemak dan enak," katanya.

INFO

Restoran Tiang Besar

Lokasi: Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 3 petang

Menu Popular:

* Nasi dalam buluh

* Ayam pangsuh

* Daging masak hitam

* Gulai kari daging kambing bersama umbut pisang.

FAKTA

* RM100

Sekilogram ikan kelah sungai

* 2 jam

Tempoh menyediakan nasi dalam buluh

Berita Harian X