Selasa, 28 Februari 2017 | 12:09am

Taman eksotik di tengah kota

SERI KEMBANGAN: Minat memelihara haiwan seperti ikan, iguana, ular dan kucing sejak kecil mendorong seorang anak kota membuka taman haiwan eksotik, 'Farm In The City' di Bandar Putra Permai, di sini, empat tahun lalu.

Pengusaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Allan Phoon,43, berkata idea itu dizahirkan semata-mata untuk memberi peluang kepada kanak-kanak yang dibesarkan di kota mengenali haiwan dan menghargai alam semula jadi.

"Ketika masih belajar, saya sering menghabiskan cuti persekolahan di kampung saudara mara di utara tanah air semata-mata untuk merasai suasana kampung yang dipenuhi dengan pelbagai binatang ternakan dan persekitaran yang menghijau.

TAMAN haiwan eksotik, 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
TAMAN haiwan eksotik, 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad

"Tidak banyak tempat seperti ini lagi di bandar, malah banyak kampung juga kini sudah berubah kerana pembangunan pesat," kata anak kelahiran Taman Seputeh, Kuala Lumpur itu, ketika ditemui BH di 'Farm In The City'.

Allan berkata, taman haiwan eksotik seluas tujuh hektar itu dibina berkonsepkan suasana kampung bagi memberi pengalaman baharu kepada masyarakat bandar untuk menikmati suasana damai sambil bermain dengan binatang peliharaan di taman berkenaan.

Katanya, pengunjung pasti teruja apabila menjejakkan kaki di taman berkonsep pekan lama lengkap dengan beberapa rumah kampung dalam persekitaran yang mengekalkan alam semula jadi sedia ada selain 16 stesen khusus yang menjadi tempat perlindungan dan peliharaan lebih 160 haiwan eksotik.

ANTARA haiwan yang terdapat di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
ANTARA haiwan yang terdapat di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad

Beliau berkata, bekalan haiwan berkenaan diperoleh dari dalam dan luar negara, kebanyakannya jinak supaya orang ramai dapat berinteraksi dan mengenai spesies haiwan tertentu dengan lebih dekat di taman yang dibuka setiap hari kecuali Selasa.

"Banyak pengalaman menarik boleh dialami di sini, terutama oleh kanak-kanak kerana kita mempunyai spesies haiwan bermula daripada paling kecil hinggalah yang gergasi seperti monyet, buaya dan beberapa spesies kura-kura.

"Haiwan di sini juga sangat jinak dan pengunjung boleh melihat sendiri keunikan sekumpulan ikan koi di mana mereka akan berkumpul secara automatik apabila mendengar loceng dibunyikan berhampiran tasik ini," katanya.

Allan berkata, taman itu dibangunkan menerusi lima peringkat dengan membina tasik buatan bagi habitat ikan koi diikuti kelengkapan lain, yang memerlukan pelaburan lebih RM5 juta.

gn4id:19210316

Beliau yang turut berperanan sebagai perunding zoo mini kepada beberapa taman tema ternama di negara ini, berkata taman berkenaan mempunyai lebih 60 jenis pokok tropika dan sayur-sayuran bagi menghidupkan lagi suasana kampung untuk tujuan pembelajaran kanak-kanak sekolah selain pelancong.

Selain itu, katanya, pertunjukan haiwan turut diadakan untuk tontonan pengunjung dan terdapat kegiatan 'memancing longkang' yang memberi peluang kepada orang ramai terutama kanak-kanak, menangkap ikan kecil menggunakan tangguk.

INFO

'Farm In The City'

  • Dibuka bermula jam 10 pagi-6 petang pada waktu bekerja manakala pada hujung minggu dan kelepasan am, ia dibuka setengah jam lebih awal.
  • Pernah menerima anugerah dan direkodkan dalam Malaysian Book of Records sebagai taman pertama di negara ini mempunyai paling banyak spesies binatang peliharaan.
'FARM In The City' dibina berkonsepkan suasana kampung bagi memberi pengalaman baharu kepada masyarakat bandar untuk menikmati suasana damai sambil bermain dengan binatang peliharaan di taman berkenaan. - Foto Samadi Ahmad
'FARM In The City' dibina berkonsepkan suasana kampung bagi memberi pengalaman baharu kepada masyarakat bandar untuk menikmati suasana damai sambil bermain dengan binatang peliharaan di taman berkenaan. - Foto Samadi Ahmad
ANTARA haiwan yang terdapat di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
ANTARA haiwan yang terdapat di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
ANTARA haiwan yang terdapat di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
ANTARA haiwan yang terdapat di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
ANTARA haiwan yang terdapat di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
ANTARA haiwan yang terdapat di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
IKAN koi yang terdapat di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
IKAN koi yang terdapat di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
SUASANA damai di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
SUASANA damai di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
SUASANA damai di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
SUASANA damai di 'Farm In The City'. - Foto Samadi Ahmad
KEBANYAKAN haiwan di 'Farm In The City' jinak supaya orang ramai dapat berinteraksi dan mengenali spesies haiwan tertentu dengan lebih dekat. - Foto Samad Ahmad
KEBANYAKAN haiwan di 'Farm In The City' jinak supaya orang ramai dapat berinteraksi dan mengenali spesies haiwan tertentu dengan lebih dekat. - Foto Samad Ahmad
PENGUSAHA merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 'Farm In The City', Datuk Allan Phoon. - Foto Samadi Ahmad
PENGUSAHA merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 'Farm In The City', Datuk Allan Phoon. - Foto Samadi Ahmad
Berita Harian X