Isnin, 27 Februari 2017 | 12:10am

Jejambat dibina untuk laluan gajah

SUKAU: Jejambat bagi laluan gajah Pigmy Borneo akan dibina selepas pembinaan jambatan kedua Sukau yang merentasi Sungai Kinabatangan, siap.

Jejambat sepanjang 1.38 kilometer (km) yang dianggarkan bernilai RM150 juta itu akan dibina menerusi fasa kedua, selepas fasa pertama iaitu jambatan kedua Sukau siap dibina.

Jejambat itu akan dibina di kawasan lot tiga santuari hidupan liar Kinabatangan yang kini menjadi laluan haiwan berkenaan.

Pembinaan jambatan dan jejambat itu antara rancangan membangunkan Sukau menjadi daerah kecil menjelang tahun 2020 menerusi pengwujudan Pekan Baharu Sukau yang diilhamkan pada 2010.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, berkata tidak timbul soal pembinaan jambatan kedua itu menimbulkan gangguan terhadap laluan gajah berikutan jejambat yang bakal dibina mempunyai laluan untuk haiwan liar terbabit.

SADDI ketika melawat Klinik Kesihatan Sukau di Kampung Sukau. - Foto Poliana Ronnie Sidom
SADDI ketika melawat Klinik Kesihatan Sukau di Kampung Sukau. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Katanya, jejambat itu antara syarat ditetapkan Jabatan Hidupan Liar Sabah yang perlu dipatuhi sebelum kelulusan pembinaan jambatan kedua Sukau.

"Jambatan ini penting bukan saja bagi memudahkan urusan seharian penduduk, malah dalam aspek kesihatan, pendidikan, ekonomi dan keselamatan.

"Ia akan memberi akses kepada penduduk mukim Litang mendapat rawatan kesihatan di Sukau, meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk sekitar dan dalam aspek keselamatan, ia memudahkan pasukan keselamatan kerana ada antara kawasan di Sukau terdedah kepada ancaman pencerobohan susulan kedudukannya di pesisir laut," katanya kepada BH Plus.

Saddi berkata, projek itu sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mana kini dalam proses menunggu Laporan Kesan Alam Sekitar (EIA) sebelum kerja pembinaan dimulakan.

"Jambatan ini menjadi komponen penting dalam rancangan pembangunan Pekan Baharu Sukau dengan antara lain projek termasuk Masjid Tun Juhar dan dataran Pekan Sukau yang sudah siap dibina.

"Sebagai wakil rakyat, saya berharap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mengambil berat mengenai keperluan penduduk di kawasan ini yang sebahagian besar masih tertinggal dalam aspek pembangunan kerana kekangan perhubungan," katanya.

LAKARAN jejambat dilengkapi laluan gajah yang dicadangkan dibina pada fasa kedua jambatan kedua Sukau bagi menghubungkan gajah dengan kawasan hutan di Sukau. - Foto NSTP/Poliana Ronnie Sidom
LAKARAN jejambat dilengkapi laluan gajah yang dicadangkan dibina pada fasa kedua jambatan kedua Sukau bagi menghubungkan gajah dengan kawasan hutan di Sukau. - Foto NSTP/Poliana Ronnie Sidom

PETA lokasi cadangan pembinaan jambatan kedua Sukau fasa satu dan dua di Kampung Sukau, di Kinabatangan. - Foto NSTP/Poliana Ronnie Sidom
PETA lokasi cadangan pembinaan jambatan kedua Sukau fasa satu dan dua di Kampung Sukau, di Kinabatangan. - Foto NSTP/Poliana Ronnie Sidom

Saddi sebaliknya berkata, apabila jejambat dengan laluan gajah itu siap dibina, ia bakal menjadi daya tarikan baharu di Sukau kerana pelancong boleh melihat gajah Pigmy Borneo dari atas jambatan.

BH Plus sebelum ini melaporkan, penduduk lima kampung di mukim Litang berharap jambatan kedua Sukau dibina secepat mungkin bagi memudahkan mereka ke bandar Sandakan, termasuk mendapatkan rawatan kesihatan berbanding terpaksa ke Lahad Datu dengan masa perjalanan yang lama ketika ini.

Pada masa sama, jalan baharu yang dibina akan memotong laluan gajah berhampiran Kampung Sukau, sekali gus mencetus kebimbangan berlaku konflik manusia dan gajah hingga kemungkinan meningkat kes gajah diracun atau ditembak kerana menceroboh tanaman.

INFO: Jambatan Kedua Sukau

  • Fasa pertama pembinaan jambatan sepanjang 200 meter membabitkan kos RM73 juta.
  • Fasa kedua pembinaan jejambat 1.38 kilometer membabitkan kos RM150 juta.
  • Projek diumumkan pada 2010. 
PETA lokasi cadangan pembinaan jambatan kedua Sukau fasa satu dan dua di Kampung Sukau, di Kinabatangan. - Foto NSTP/Poliana Ronnie Sidom
PETA lokasi cadangan pembinaan jambatan kedua Sukau fasa satu dan dua di Kampung Sukau, di Kinabatangan. - Foto NSTP/Poliana Ronnie Sidom
PETA lokasi cadangan pembinaan jambatan kedua Sukau fasa satu dan dua di Kampung Sukau, di Kinabatangan. - Foto NSTP/Poliana Ronnie Sidom
PETA lokasi cadangan pembinaan jambatan kedua Sukau fasa satu dan dua di Kampung Sukau, di Kinabatangan. - Foto NSTP/Poliana Ronnie Sidom
PEMBINAAN jambatan kedua Sukau dibimbangi beberapa pihak akan menimbulkan konflik antara gajah dan manusia. - Foto NSTP
PEMBINAAN jambatan kedua Sukau dibimbangi beberapa pihak akan menimbulkan konflik antara gajah dan manusia. - Foto NSTP
KAWASAN cadangan bagi pembinaan jambatan Sukau untuk menghubungkan lima perkampungan di Mukim Litang dengan kawasan lain. - Foto NSTP/Poliana Ronnie Sidom
KAWASAN cadangan bagi pembinaan jambatan Sukau untuk menghubungkan lima perkampungan di Mukim Litang dengan kawasan lain. - Foto NSTP/Poliana Ronnie Sidom
Berita Harian X