Jumaat, 17 Februari 2017 | 12:06am

Kulup Chandan diabadikan di dinding

KUALA KANGSAR: Bagi mengenang sejarah lampau, dua pelukis mengabdikan lukisan mural 'Kulup Chandan' setinggi 2.4 meter di bangunan lama di bandar ini, sempena sambutan Tahun Melawat Perak 2017.

Lukisan mural gajah yang pernah dibela Almarhum Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Syah di bangunan lama di Jalan Kuala Kangsar itu, nyata membawa kelainan kepada suasana Bandar Diraja yang terletak di tebing Sungai Perak itu.

Dek kerana kisah 'Kulup Chandan' berlaku lebih 100 tahun lalu, tidak ramai penduduk di sini, mengetahui sejarah sebenar dan mengapa pelukisnya, Mohd Yusuff Mohd Baki, 60, dan Tajul Amir Hashim, 57, sanggup bersusah-payah menghasilkan mural berkenaan.

Yusuff berkata, gajah berkenaan memiliki keistimewaan sendiri sehingga namanya turut diabadikan pada sebuah bukit yang kini tersergam indah Istana Iskandariah yang menjadi kediaman rasmi setiap Sultan Perak.

"Berdasarkan sejarah lampau, Kulup Chandan dibela Sultan Yusuf sebagai haiwan tunggangannya, namun suatu hari gajah itu terlepas ke dalam hutan sebelum usaha mencarinya semula dikerahkan.

gn4id:18996677

AMIR yang juga rakan Yusuff membantu pada saat akhir untuk menyiapkan lukisan mural ini sebelum ia diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). - Foto Kamaruddin Shah

"Secara kebetulan, Sultan Idris Murshidul A'adzam Shah yang memegang jawatan Raja Muda Perak ketika itu berjaya menemui gajah berkenaan di kaki Gunung Bubu dan bertemu seorang tua berjubah putih dan berjanggut panjang," katanya ketika ditemui BH Plus.

Difahamkan, orang tua berkenaan kemudian memberitahu Sultan Idris bahawa beliau bakal ditabalkan menjadi Sultan Perak dengan syarat Kulup Chandan perlu dilepaskan selepas tujuh hari pertabalannya dan sebuah istana baharu perlu dibina di Seri Andalan yang kemudian ditukar namanya kepada Bukit Chandan sehingga kini.

Yusuff berkata, bagi mengenang kembali kisah berkenaan, beliau akhirnya mendapat perkenan daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Nazrin Shah bagi melukis empat mural Kulup Chandan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

"Bangunan lama ini dipilih kerana ia adalah laluan yang digunakan setiap kali Sultan Nazrin ke Istana Iskandariah, malah baginda sendiri yang memilih empat lakaran awal Kulup Chandan sebelum saya memindahkannya kepada lukisan mural.

"Secara keseluruhan, saya membelanjakan kira-kira RM30,000 bagi menghasilkan mural yang siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan selain turut menggunakan 40 tin cat penyembur," katanya yang juga ahli Persatuan Pelukis Perak.

BUKIT Chandan yang terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar dipercayai mendapat nama dari seekor gajah peliharaan milik Sultan Yusuf yang bernama Kulup Chandan. - Foto Kamaruddin Shah

GAMBARAN menggikut saiz sebenar seekor gajah setinggi 8 kaki yang dinamakan 'Kulup Chandan' menghiasi dinding bangunan lama berdekatan Jam Besar Bandar Diraja Kuala Kangsar. - Foto Kamaruddin Shah

Menjelaskan lebih lanjut proses melukis mural berkenaan, Yusuf berkata, beliau menggunakan tapak tangan dan kepingan kotak memastikan komposisi cat yang disembur adalah sekata dan mengikut tona yang dikehendaki.

"Cabaran utama kepada kami adalah cuaca kerana kami perlu menyiapkan semua mural mengikut tarikh ditetapkan kerana Sultan Nazrin sendiri mahu merasmikannya dalam tempoh terdekat.

"Berdasarkan pengalaman, mural ini bertahan bagi tempoh lima tahun dan selepas itu mungkin kami boleh dipanggil melukis kembali," katanya yang berpengalaman lebih 30 tahun menghasilkan pelbagai jenis hasil seni terutama lukisan.

Bagi Tajul Amir pula, peluang yang diberi Yusuf bagi sama-sama menghasilkan mural berkenaan adalah suatu penghormatan kerana dapat mengabdikan hasil kerja tangannya di tempat terbuka.

"Saya sebenarnya lebih mahir menghasilkan potret dan berperanan membantu melakar lukisan kasar Kulup Chandan di dinding sebelum Yusuf dapat memulakan proses mengecat yang lebih kritikal.

"Saya sendiri kagum melihat Yusuf mampu menghasilkan mural secantik ini hanya menggunakan tangan dan kepingan kotak kerana tidak ramai pelukis profesional mampu berbuat demikian," katanya yang terbabit lebih 20 tahun dalam bidang seni.

FAKTOR cuaca menjadi penghalang utama untuk menyiapkan lukisan mural menggikut saiz sebenar haiwan tersebut. - Foto Kamaruddin Shah

INFO

  • 7 hari diperlukan bagi menyiapkan setiap mural.

  • 5 ke 10 tahun ketahanan mural di dinding terbuka.

  • 1 berus lukisan bersaiz sederhana diguna bagi memperkemaskan lukisan.
AHLI Persatuan Pelukis Perak, Mohd Yusuff Mohd Baki bersedia mengajar sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pelukis. - Foto Kamaruddin Shah

LUKISAN mural berbentuk gerai cendol dan laksa pernah menjadi identiti utama Jalan Kuala Kangsar berdekatan jam besar ini seketika dulu sebelum pihak MPKK menyediakan lokasi medan selera baru berdekatan dengan Dataran Sungai Perak yang dinamakan 'Medan Cendol dan Laksa MPKK'. - Foto Kamaruddin Shah

LUKISAN mural yang dilukis oleh pelajar dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) juga banyak menghiasi dinding bangunan lama disekitar Jalan Kuala Kangsar menuju ke persisiran Dataran Sungai Perak. - Foto Kamaruddin Shah

PENGUNJUNG yang melawat Bandar Diraja Kuala Kangsar tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan lukisan mural yang telah disiapkan oleh Yusuff. - Foto Kamaruddin Shah

DENGAN hanya menggunakan 95 tin "montana gold spray paint" dan sekeping keratan kotak lama beliau boleh menyiapkan tiga ekor gajah dalam tempoh seminggu. - Foto Kamaruddin Shah

YUSUFF sambil diperhatikan oleh rakannya, menunjukkan lakaran beberapa ekor gajah yang telah mendapat perkenan Sultan Perak untuk dilukiskan di dinding bangunan lama berhampiran jalan utama ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar. - Foto Kamaruddin Shah

Berita Harian X