Sabtu, 21 Januari 2017 | 12:02am
PEMILIK Restoran Masakan Melayu Asli "Rasa Omak Den", Othman Daud menunjukkan menu yang disediakan untuk pelanggannya. - Foto Aswadi Alias.
PEMILIK Restoran Masakan Melayu Asli "Rasa Omak Den", Othman Daud menunjukkan menu yang disediakan untuk pelanggannya. - Foto Aswadi Alias.
SEBAHAGIAN pelanggan yang datang di Restoran Masakan Melayu Asli "Rasa Omak Den". - Foto Aswadi Alias.

Lagi pedas, lebih sedap di Raso Omak Den

RESTORAN Masakan Melayu Asli, Restoran Rasa Omak Den. - Foto Aswadi Alias.
RESTORAN Masakan Melayu Asli, Restoran Rasa Omak Den. - Foto Aswadi Alias.

PEDAS tapi sedap, itulah kepuasannya ketika menikmati masakan kampung tradisional Negeri Sembilan, lemak cili padi di Restoran Masakan Melayu Asli - Raso Omak Den, Pusat Bandar Melawati.

Pelanggan pula ramai sehingga sukar mendapatkan meja kosong sekiranya berkunjung sekitar jam 12.30 tengah hari hingga 2 petang, terutama pada Sabtu dan Ahad.

Tidak keterlaluan untuk menggambarkan suasana di restoran ini meriah umpama majlis kerja kahwin, pelanggan berpusu-pusu, beratur mengambil lauk-pauk!

Itulah penangan daging salai dan udang galah masak lemak cili padi, lagi pedas, bertambah sedap serta menyelerakan!

Restoran Masakan Melayu Asli - Raso Omak Den menampilkan konsep bufet. Pelanggannya perlu beratur mengambil makanan.

Jadi, bagi menikmati makanan yang masih panas, segar dan baharu, ada pelanggan sudah beratur seawal jam 12 tengah hari.

Sanggup datang dari jauh

SEBAHAGIAN pelanggan yang datang di Restoran Masakan Melayu Asli "Rasa Omak Den". - Foto Aswadi Alias.
SEBAHAGIAN pelanggan yang datang di Restoran Masakan Melayu Asli "Rasa Omak Den". - Foto Aswadi Alias.

Kakitangan awam, Petra Sulai yang berasal dari Limbang, Sarawak, sanggup berulang-alik dari Dengkil, Selangor ke Taman Melawati, hampir setiap minggu gara-gara terpesona dengan keenakan udang galah lemak cili padi.

Katanya, udang galah amat sukar diperoleh terutama di Lembah Klang, namun restoran Raso Omak Den mampu memenuhi cita rasanya, sekali pun perlu berbelanja lebih sedikit. Namun, yang penting baginya ialah rasa keenakan masakan Negeri Sembilan itu yang berlemak dan pedas!

"Saya sudah biasa dengan makanan Sarawak seperti umai, kini berpeluang pula menikmati resipi istimewa dari Negeri Sembilan apabila bertugas di Semenanjung.

"Kebetulan saya memang menggemari masakan pedas. Walaupun perlu memandu hampir sejam 30 minit dari Dengkil saya tak kisah," katanya.

Kami jual rasa

PEMILIK Restoran Masakan Melayu Asli "Rasa Omak Den", Othman Daud menunjukkan menu yang disediakan untuk pelanggannya. - Foto Aswadi Alias.
PEMILIK Restoran Masakan Melayu Asli "Rasa Omak Den", Othman Daud menunjukkan menu yang disediakan untuk pelanggannya. - Foto Aswadi Alias.

Bagi pemilik Restoran Masakan Melayu Asli - Raso Omak Den, Othman Daud yang berasal dari Kampung Batu Kikir, Negeri Sembilan, mengakui beliau dan isterinya, Normah Kamarudin, berasal dari Kuala Pilih, Negeri Sembilan, lebih mengutamakan kualiti makanan berbanding memikirkan soal keuntungan semata-mata.

"Kami jual rasa! Tak guna masak banyak-banyak, tapi rasanya 'ke laut'.

"Sebenarnya susah kita nak cari menu tradisional atau masakan kampung di Kuala Lumpur ini.

"Isteri saya ke dapur, 'turun padang' apabila beliau yang akan bertanggung-jawab mengawal selia penyediaan kualiti makanan. Kami sentiasa memastikan pelanggan berpuas hati dengan rasa hidangan Negeri Sembilan yang kami cuba tampilkan," katanya.

INFO

  • Lokasi: Restoran Masakan Melayu Asli - Raso Omak Den, Nombor 318, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Taman Melawati, Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap hari, kecuali Jumaat (8 pagi hingga 6 petang)
  • Antara hidangan popular ialah daging salai lemak cili padi, udang galah lemak cili padi, siput sedut, pari bakar, tempoyak daun kayu, cendawan kukur, ayam kampung berlada, telur itik dan terubuk masin
  • Menyediakan ruang meletak kenderaan yang luas apabila lokasi restoran berhadapan kawasan lapang tapak Pasar Malam Taman Melawati setiap Selasa, Khamis dan Sabtu
Berita Harian X